awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir sekat skuad negara di separuh akhir Kejohanan Wanita Dunia

Bernama
Bernama
16/12/2022
08:03 MYT
Mesir sekat skuad negara di separuh akhir Kejohanan Wanita Dunia
Chan Yiwen pamer aksi cemerlang dalam set pertama sebelum tewas kepada pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Hania El Hammamy 11-8, 11-2, 11-5. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kempen Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2022 berakhir apabila ditewaskan oleh juara bertahan Mesir pada peringkat separuh akhir di Kaherah, malam tadi.
Chan Yiwen menampilkan aksi cemerlang dalam set pertama sebelum tewas kepada pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Hania El Hammamy 11-8, 11-2, 11-5 dalam tempoh 23 minit pada perlawanan pembukaan.
Pada perlawanan kedua, pemain ranking ke-31 dunia, Aifa Azman berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia, Nouran Gohar namun terpaksa akur dalam pertarungan selama 43 minit itu.
Nouran menang 11-8, 11-3, 3-11, 11-4 untuk membawa tuan rumah ke final dengan kemenangan 2-0.
Ketua jurulatih kebangsaan Ajaz Azmat berkata walaupun kalah pemain negara telah memberikan tentangan hebat terhadap Mesir.
"Permainan mereka sangat positif dan mereka berusaha untuk menghasilkan kemenangan hari ini. Saya rasa hari ini Aifa telah mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan itu," katanya seperti dipetik penganjur di laman webnya.
Pada perlawanan akhir, juara bertahan Mesir akan berdepan Amerika Syarikat (AS) yang kali pertama melangkah ke final. AS yang dibimbing bekas pemain antarabangsa Malaysia, Ong Beng Hee, menewaskan England 2-0 pada perlawanan separuh akhir itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Chan Yiwen
#Mesir
#Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan