Dua bintang Argentina, Lionel Messi dan Angel Di Maria, berkongsi misi peribadi yang serupa dalam kejohanan Copa America – kedua-duanya sanggup 'mengorbankan' segala pencapaian peribadi bersama kelab masing-masing demi menjulang trofi bersama kesebelasan Albiceleste.
Messi, yang akan membuat kemunculan antarabangsanya yang ke-100 dalam jersi Argentina ketika berdepan Jamaica dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Sabtu, mahu menebus kekecewaan dalam final Piala Dunia tahun lalu.
Baginya, deretan kemasyhuran peribadi bersama Barcelona – menjulang kejuaraan La Liga tujuh kali, Copa del Rey pada tiga musim berbeza dan Liga Juara-Juara Eropah sebanyak empat kali – akan hanya mampu diatasi oleh satu pingat kejuaraan bersama Argentina.
Di Maria, yang mengukir nama selaku pemain sayap Manchester United musim ini, juga tidak berbeza.
"Kejayaan memenangi Liga Juara-Juara bersama Real Madrid musim lalu adalah satu pencapaian hebat tapi saya akan lebih gembira untuk menukarnya dengan kegemilangan bersama Albiceleste," katanya.
Dia teramat hampir dengan matlamat itu tahun lalu tapi terlepas beraksi dalam final Piala Dunia gara-gara kecederaan ketika barisan bimbingan Alejandro Sabella tunduk kepada Jerman di Rio de Janeiro.
"Saya rela menukar segala gelaran yang telah saya menangi di peringkat kelab dengan satu kejuaraan bersama pasukan kebangsaan," katanya.
Messi, pemenang Ballon d'Or sebanyak empat kali selaku pemain terbaik dunia, bersependapat dengan Di Maria.
Dua kali berturut-turut dia kecewa – tewas kepada Brazil dalam final Copa America 2007 selain dihampakan Jerman dalam final Piala Dunia tahun lalu.
"Pasukan ini berhak memenangi sesuatu berdasarkan semangat melawan kami, untuk negara kami dan juga untuk peminat yang mahukan kami bergelar juara.
"Kejayaan menjuarai Copa America kali ini akan akhirnya memberikan kami kepuasan dan ketenangan sambil kami bersiap pula menghadapi kelayakan Piala Dunia selepas ini," kata Messi.
Astro Arena
Sat Jun 20 2015
Messi, yang akan membuat kemunculan antarabangsanya yang ke-100 dalam jersi Argentina ketika berdepan Jamaica dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Sabtu, mahu menebus kekecewaan dalam final Piala Dunia tahun lalu. - Foto AP
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.
Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.
Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.
Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.