SUKAN
Messi lawat Nou Camp secara mengejut, harap dapat ucap selamat tinggal
Dalam satu hantaran di Instagram, Messi menulis: "Malam tadi saya kembali ke tempat yang saya rindui dengan sepenuh jiwa." - Instagram @leomessi
LONDON: Lionel Messi membuat lawatan mengejut ke Nou Camp menjelang pembukaannya semula hujung bulan ini selepas kerja pengubahsuaian, dan berharap dapat kembali untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong yang tidak sempat beliau lakukan ketika meninggalkan Barcelona pada 2021, lapor PA Media/dpa.
Pemain berusia 38 tahun itu, yang kini bermain untuk Inter Miami dalam Major League Soccer sejak dua tahun lalu, terbang ke bekas kelabnya itu sebelum menyertai skuad Argentina di Alicante sebagai persediaan untuk perlawanan persahabatan menentang Angola pada Jumaat.
Messi mempunyai hubungan selama 20 tahun dengan Barca selepas tiba sebagai pemain pada usia 14 tahun, namun masalah kewangan kelab Catalan itu memaksanya berpindah ke Paris St Germain, dan sekatan Covid ketika itu menghalangnya daripada menerima upacara perpisahan yang sewajarnya.
Dalam satu hantaran di Instagram yang memaparkan gambarnya di padang Nou Camp, Messi menulis: "Malam tadi saya kembali ke tempat yang saya rindui dengan sepenuh jiwa."
"Tempat yang saya sangat bahagia, kalian menjadikan saya seribu kali ganda lebih gembira sebagai manusia paling bertuah di dunia."
"Saya berharap suatu hari nanti dapat kembali, bukan sekadar untuk mengucapkan selamat tinggal sebagai pemain, kerana saya tidak pernah berpeluang melakukannya..."
-- BERNAMA