awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi mai dah! (Hola Barca!)

Razak Chik
Razak Chik
08/08/2013
09:36 MYT
Messi mai dah! (Hola Barca!)
SEWAKTU rakyat Malaysia menjamu selera menyambut hari raya, pasukan Jagoan La Liga Sepanyol Barcelona tiba di KLIA untuk memulakan lawatan tiga hari.
Namun peminat di kalangan kotingen wartawan yang menanti dengan penuh harapan – ada yang menunggu selama tiga jam – kecewa kerana tidak dibenarkan masuk ke Kompleks orang kenamaan di Bilik Bunga Raya, KLIA untuk menyambut wira dan idola mereka. Diberitakan ini atas permintaan pengurus pasukan Barca sendiri kerana mahu persediaan mereka menghadapi perlawanan persahabatan menentang kesebelasan utama Malaysia Sabtu ini tidak terganggu.
Melalu laman Twitter dan Facebook, pasukan Barca diterbangkan ke KLIA dalam pesawat Airbus A340 bercat putih yang ditempatkan di petak khas berhampiran Bilik Bunga Raya.
Peminat yang berkumpul diluar kawasan lapangan terbang hanya dapat mengintai wajah-wajah bintang ternama seperti Lionel Messi, Neymar dan Pique termasuk juga pengurus Gerardo Martino dalam bas yang membawa pasukan Barca ke hotel penginapan mereka di Bandar Utama.
Satu sidang akhbar telah diatur pada sebelah petang sebelum pasukan Barca mengadakan sesi latihan di Stadium Shah Alam malam nanti.
Barca akan mengadakan beberapa lawatan mesra pada Jumaat, termasuk sesi latihan tertutup sebagai persediaan menentang Malaysia nanti. Tiket untuk menyaksikan sesi latihan malam Khamis berharga RM26 dan RM98 – RM709 untuk hari perlawanan.
Topic Berkaitan
#Barca
#barcelona
#KLIA
#Malaysia
#messi
#Neymar
#Pique
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan