awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or

Astro Arena
Astro Arena
17/10/2024
04:30 MYT
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
Martinez disenarai pendek bagi Ballon d'Or 2024, di mana pemenangnya akan diumumkan pada 28 Oktober ini. - Gambar/ Reuters
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini sambil percaya pemain itu lebih layak memenangi anugerah berkenaan berbanding mana-mana pemain lain.
Kedua-dua pemain itu menjaringkan gol ketika pasukan juara dunia berkenaan menewaskan Bolivia 6-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia semalam.
Ia merupakan tahun terbaik buat Martinez, yang menjadi penjaring terbanyak dengan 24 gol ketika mengetuai Inter Milan memenangi Scudetto musim lalu.
Penyerang itu juga menjadi penjaring gol utama dalam kempem Copa America dengan lima gol, termasuk satu jaringan yang dilakukannya dalam waktu kecederaan ketika menewaskan Colombia 1-0 dalam penentuan gelaran.
Kecemerlangan itu menyaksikan Martinez disenarai pendek bagi Ballon d'Or 2024, di mana pemenangnya akan diumumkan pada 28 Oktober ini.
Bintang Real Madrid, Vinicius Junior, juga antara calon pilihan untuk memenangi gelaran itu di samping pemain tengah Manchester City dan Sepanyol, Rodri.
Bagaimanapun, pemenang lapan kali, Messi, berasakan rakan senegaranya itu layak menjadi calon utama anugerah tahun ini.
"Dia melalui tahun yang luar biasa, dia menjaringkan gol dalam final (Copa America), dia menjadi penjaring terbanyak, dia layak memenangi Ballon d'Or berbanding mana-mana pemain lain," kata Messi. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Anugerah Ballon d'Or
#Lautaro Martinez
#Argentina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan