LIONEL Messi perlu lebih profesional dan bukan bapanya dalam usaha untuk meninggalkan Barcelona, menurut bekas rakan sepasukan skuad Argentina, Hernan Crespo.

Selepas meluahkan mahu meninggalkan Barca selepas menamatkan musim 2019-20 tanpa sebarang trofi serta mendedahkan kekecewaan dengan pihak pengurusan di Nou Camp, Messi membuat pusingan U dan memilih untuk kekal bersaing bersama gergasi LaLiga itu.

Kontrak Messi bakal berakhir tahun depan, dengan Barca ketika ini terdesak untuk mengekalkan kapten itu sementara dalam usaha untuk merombak pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih, Ronald Koeman, yang menggantikan Quique Setien bulan lalu.

Tetapi Crespo percaya krisis pasukan itu tidak dapat dielak, "Sekali lagi, dalam situasi yang sama dan demi menghormati Jorge Messi, perkara ini perlu diselesaikan oleh pihak yang lebih profesional.


"Ia bukan perkara yang sama bercakap dengan ejen, seseorang yang profesional, mereka tidak akan mengambil kira masalah keluarga dan sebagainya.

"Anda perlu menjadi profesional dalam kes-kes ini."

Pemenang Ballon d'Or enam kali, Messi menjaringkan 25 gol dalam saingan LaLiga dan 31 dalam semua kejohanan.