SPORTS
MFL benarkan pasukan Liga Super daftar 15 pemain import
Liga Super musim depan akan menyaksikan seramai 15 import boleh didaftarkan oleh pasukan. - Gambar fail
PASUKAN Liga Super dibenarkan mendaftar 15 import musim depan berbanding hanya 12 pemain import pada musim lalu.
Ringkasan AI
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan berkata, perubahan kuota import itu dibuat bagi memberi kesaksamaan kepada semua kelab dalam pendaftaran pemain import serta meningkatkan daya saing Liga Malaysia dengan kehadiran pemain import berkualiti.
"Ahli lembaga pengarah MFL telah bersetuju untuk meminda jumlah pendaftaran pemain iaitu 34 pemain untuk kelab yang bersaing dalam ACL Elite dan ACL2, 32 pemain untuk kelab-kelab lain kepada 30 pemain kepada semua kelab.
"Semua kelab dibenarkan mendaftar pemain asing sejumlah 15 pemain dengan kuota pemain asing di atas padang seramai 7+2 (simpanan) dengan komposisi empat terbuka, satu Asia dan dua ASEAN.
"Berbanding 12 pemain asing dibenarkan didaftarkan oleh kelab ACLE dan ACL2 dan hanya sembilan pemain asing bagi kelab-kelab lain dengan 6+1 (simpanan) pemain asing di atas padang menerusi komposisi empat terbuka, satu Asia dan satu ASEAN sebelum ini.
"Kehadiran pemain import ini akan memberi daya tarikan kepada Liga Malaysia sekali gus meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia dan kelab-kelab yang bertanding.
"Selain itu, pertambahan kuota pemain import ini dilihat akan dapat membantu kelab yang akan bersaing di kejohanan ACLE, ACL2 dan kejohanan Kelab Asia Tenggara memandangkan cabaran semakin hebat diberikan kelab-kelab besar di rantau ini," kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, MFL berkata, setiap kelab tidak diwajibkan untuk memenuhi kuota pemain asing ini sebaliknya ia bergantung kepada keperluan dan kemampuan kewangan kelab masing-masing.
"Ini kerana perbelanjaan kelab bakal dipantau menerusi pelaksanaan FFP dengan menguatkuasakan mekanisme gaji siling sebanyak 80 peratus kepada setiap kelab musim ini," katanya. - Sinar Harian
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Ringkasan AI
- Pasukan Liga Super kini dibenarkan mendaftar sehingga 15 pemain import musim 2025/2026, berbanding hanya 12 musim lalu, bagi meningkatkan daya saing dan nilai komersial liga.
- Semua kelab boleh mendaftar 30 hingga 34 pemain (bergantung kepada penyertaan ACL), dengan kuota pemain asing di atas padang ditetapkan kepada 72 (simpanan), merangkumi empat terbuka, satu Asia dan dua ASEAN.
- Walaupun kuota ditambah, kelab tidak diwajibkan memenuhinya dan perlu mematuhi peraturan Kewangan Adil (FFP) termasuk had gaji maksimum 80% daripada bajet tahunan.