awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu

Bernama
Bernama
11/08/2022
13:29 MYT
MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Perlawanan yang menyaksikan Kelantan FC tewas 1-2 kepada Perak dicemari dengan insiden kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan. - Gambar fail/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menjalankan siasatan secara telus serta adil insiden kekecohan antara penyokong Kelantan FC dengan Perak FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) Mohd Nurul Mohd Yusoh berkata siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.
"MFL dan FAM perlu mendapatkan laporan penuh daripada pihak tuan rumah serta pelawat untuk mengetahui punca tercetusnya insiden tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi menjaga keharmonian sukan bola sepak negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Provokasi punca penyokong Kelantan 'mengamuk'
Mengulas lanjut, Mohd Norul berkata pihaknya kesal dengan insiden itu kerana tidak memberikan sebarang keuntungan, sebaliknya memberi imej buruk kepada sukan bola sepak di Malaysia selain merosakkan harta benda atau mendatangkan kecederaan.
"Budaya tersebut jelas bercanggah dengan tata tusila dan gaya hidup rakyat Malaysia yang penuh dengan tertib," katanya.
Perlawanan yang menyaksikan Kelantan FC tewas 1-2 kepada Perak dicemari dengan insiden kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kekecohan dipercayai berpunca daripada provokasi antara penyokong, namun tiada pergaduhan dan kecederaan dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyokong perak
#penyokong kelantan
#Kota Bharu
#gaduh stadium kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan