awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan

Bernama
Bernama
13/01/2024
21:00 MYT
MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan
Subahan berkata pihaknya akan berusaha lebih gigih untuk mendapatkan dana demi memastikan segala perancangan badan induk itu dapat berjalan lancar untuk tempoh setahun. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta bagi menampung perbelanjaan dan melicinkan pengurusan persatuan dalam mengharungi musim 2024.
Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya akan berusaha lebih gigih untuk mendapatkan dana demi memastikan segala perancangan badan induk itu dapat berjalan lancar untuk tempoh setahun.
"Kalau kita hendak jalankan program MHC dengan selesa, kita perlu sekurang-kurangnya RM12 juta setahun. Hoki perlu bayar gaji pemain dan perjalanan untuk menyertai kejohanan luar juga memakan modal.
"Dulu kita tiada hoki lima sebelah, sekarang ia sudah menjadi satu daripada acara dalam kalendar Persekutuan Hoki Antarabangsa. Hoki dalam dewan pun sama, jadi, kita memang perlu pendapatan lebih untuk MHC," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif MHC di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini pada Sabtu.
Menurut Subahan, inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) memberikan gaji dengan jumlah lebih tinggi kepada atlet di bawah Program Podium merupakan satu langkah yang positif.
"Saya bagi pihak MHC mengucapkan terima kasih kerana kementerian telah mengumumkan untuk memberi gaji kepada beberapa pemain, ia secara langsung membantu kami dan beri peluang untuk (kami) bagi upah kepada pemain baharu," katanya.
Khamis lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.
Hannah berkata golongan atlet tersebut turut menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Sementara itu, mengulas mengenai mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif hari ini, Subahan berkata MHC telah melakukan beberapa perubahan dalam jawatankuasa bagi penggal 2023/2027.
Beliau berkata antara perubahan dilakukan termasuk menyerahkan jawatan pengerusi kejurulatihan MHC yang disandangnya sebelum ini kepada Datuk Majid Manjit selain mengekalkan jawatankuasa kewangan dan pembangunan MHC bagi penggal ini.
Subahan berkata Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak pula dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan dan dibantu Datuk Mohd Saiyuti Abd Samad selaku timbalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MHC
#Konfederasi Hoki Malaysia
#musim 2024
#Subahan Kamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan