awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mickey' sah sertai Selangor

Bernama
Bernama
23/12/2022
00:30 MYT
'Mickey' sah sertai Selangor
Prestasi baik Mohamad Faisal membolehkan beliau dipanggil menganggotai pasukan utama Harimau Malaya pada 2019 dan menjadi pemain pilihan sehingga kini. - Foto Astro ARENA
SHAH ALAM: Pemain sayap kebangsaan, Mohamad Faisal Abdul Halim atau 'Mickey' sah menyertai skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam kenyataan melalui portal rasminya memaklumkan Mohamad Faisal, 24, merupakan pemain terbaharu ketiga dipilih menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu selepas Ahmad Khuzaimi Piee dan V Ruventhiran.
Menerusi kenyataan yang sama, Mohamad Faisal berkata beliau mahu menjadi watak penting dalam pasukan merah kuning, selain memberikan yang terbaik bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan tersebut.
"Selangor FC adalah satu pasukan yang besar, semua orang mengenali dan ingin bermain untuk kelab ini. Alhamdulillah, saya sudah sampai ke laman Gergasi Merah kerana ini yang ditunggu-tunggu," katanya.
Sebelum ini, Mohamad Faisal pernah beraksi bersama skuad Penang FC dan Sri Pahang FC, seterusnya disunting Sang Penyu pada 2020 bagi menjadi tonggak utama skuad tersebut.
Prestasi baik pemain sayap itu membolehkan beliau dipanggil menganggotai pasukan utama Harimau Malaya pada 2019 dan menjadi pemain pilihan sehingga kini.
Semalam, Mohamad Faisal menjaringkan gol tunggal kemenangan untuk pasukan kebangsaan ketika menentang Myanmar (1-0) dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Malaysia
#Selangor FC
#Faisal Halim
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan