KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah menjadi sandaran tunggal Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM), untuk merangkul pingat emas pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam dari 12 hingga 23 Mei ini.
Mohd Syarul yang lebih mesra dengan panggilan Mike akan turun bertanding memburu pingat emas acara 'Men's Athletics Physique', yang merupakan salah satu daripada dua acara disertai beliau selain 'Mixed Pair' di Hanoi.
Walaupun berhadapan cabaran tersendiri bertanding dalam kategori terbuka selain saingan sengit yang bakal diberikan atlet tuan rumah dan Thailand, penolong jurulatih skuad bina badan negara Riduan Anan percaya, Mike mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik.
"Dua negara (Thailand dan Vietnam) ini yang biasanya memberi saingan kepada atlet negara di pentas kejohanan antarabangsa, tetapi sekarang masing-masing tak tahu keadaan lawan selepas dua tahun tak keluar bertanding, jadi kita harap keadaan Mike yang terbagus antara semua," katanya pada sidang media Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, hari ini.
Selain sasaran satu emas, skuad bina badan negara turut menyasarkan membawa pulang dua pingat perak dan tiga gangsa, pada temasya sukan dwitahunan itu yang turut menyaksikan sukan bina badan kembali membuat kemunculan, selepas kali terakhir dipertandingkan pada edisi 2013 di Myanmar.
Pada edisi terakhir itu, Malaysia meraih masing-masing satu emas, perak dan gangsa, namun Mike yang juga juara dunia kategori Athletics Physique empat kali berturut-turut sejak 2016, tidak turut serta kerana kategorinya tidak disenaraikan.
Sukan bina badan turut tidak dipertandingkan di Kuala Lumpur pada 2017, berikutan PBBM tidak mengemukakan rayuan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), apabila tempoh rayuan dibuka sebelum Malaysia memuktamadkan senarai sukan pada temasya itu.
Justeru, Mike yang bakal membuat penampilan pertamanya di Sukan SEA kini diselubungi perasaan bercampur baur, antara teruja dan gementar terutama mengenai cabaran bakal dihadapinya.
"Pada saya cabaran memang dari Thailand dan Vietnam. Thailand ada juara dunia 2019 kategori lain dan ketika saya menang juara dunia 2019, naib juara ketika itu adalah dari Vietnam. Jadi cabarannya boleh dikatakan agak sukar, tetapi saya akan beri yang terbaik dan cuba dapatkan emas untuk negara.
"Dalam kategori terbuka saya perlu nampak lagi 'tebal' di atas pentas, saya tak boleh nampak kecil sebab saya tahu lawan saya lagi tebal dan berat. Saya dah biasa naik ke pentas dengan berat badan 69 kilogram (kg), tetapi kali ini saya sasar berat antara 72-73 kg dan ia bukan benda yang senang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Mike (tengah) bersama dengan Pengurus pasukannya Syed Fairus Syed Ali (kiri) dan Penolong Jurulatih bagi sukan itu Riduan Anan sewaktu sidang media di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini. - Bernama
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.