awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Milner sah tinggalkan Liverpool

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2023
03:45 MYT
Milner sah tinggalkan Liverpool
Milner dikaitkan dengan perpindahan ke Brighton atau Leeds United selepas lapan tahun berkhidmat di Anfield. - Foto Astro ARENA
KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mengesahkan James Milner akan meninggalkan pasukan itu apabila kontraknya tamat pada penghujung musim ini.
Selain Milner, Roberto Firmino, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain juga disahkan tidak akan disambung kontrak di kelab tersebut.
"Kami boleh mengesahkan Roberto Firmino, Naby Keita, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain akan meninggalkan kelab selepas tamat kontrak musim panas ini.
"Pengiktirafan khas akan diberikan kepada mereka di Anfield dan penghormatan selanjutnya akan menyusul pada penghujung musim," kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Milner, 37, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Brighton atau Leeds United selepas lapan tahun berkhidmat di Anfield.
Dia membuat penampilan di EPL untuk Leeds ketika berusia 16 tahun pada 2002 dan pernah berkhidmat di Newcastle, Aston Villa dan Manchester City sebelum menyertai Liverpool pada 2015.
Pemain tengah itu melakukan 617 penampilan di EPL dan berada di belakang Gareth Barry (652) dan Ryan Giggs (632) dalam senarai penampilan terbanyak liga itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liverpool
#James Milner
#perpindahan
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan