KUALA LUMPUR: Euforia, semangat dan kegembiraan, meupakn emosi yang rapat dengan peminat bola sepak, selain antonimnya kegelisahan, kekecewaan dan kesedihan.
Kesemua emosi tersebut menanti peminat tempatan, yang bakal menikmati sajian lima perlawanan dalam tempoh seminggu bermula esok, melibatkan kedua-dua pasukan senior dan muda kebangsaan yang mempunyai misi serta matlamat berlainan, di venue berbeza.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang melakar kemenangan berturut-turut dalam empat aksi antarabangsa Tier 1 terakhir, berdepan tugas mencabar untuk mempertahankan rekod baik itu di negara 'Tembok Besar', apabila dijadual bertemu Syria esok dan China, Sabtu ini.
Sementara skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara kendalian E. Elavarasan, memburu tempat beraksi di Piala Asia B-23 2024 yang turut menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024, pada pusingan kelayakan kejohanan itu di Chonburi, Thailand dari 6 hingga 12 Sept ini.
Bagi skuad bimbingan Pan Gon, dua aksi persahabatan berdepan Syria dan China, penting dalam persediaan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bermula November ini, sebelum bersaing di pentas Piala Asia 2023 di Qatar, Januari tahun depan.
Selepas mencatat empat kemenangan dengan rekod 17 gol dijaringkan dan hanya satu bolos, kini tiba masanya keyakinan yang dibina anak buah Pan Gon, diuji lawan yang lebih unggul berdasarkan kedudukan ranking dunia, yang menyaksikan Syria di posisi ke-94 manakala China ke-80.
Berdepan Syria yang dibimbing pengendali dari Argentina Hector Cuper, keampuhan benteng pertahanan negara menjadi fokus, selepas kurang 'bekerja' dalam perlawanan-perlawanan terdahulu, sekali gus memberi peluang kepada Pan Gon untuk melihat tahap kekebalan pasukan.
Selain itu, selepas bermain empat perlawanan terdahulu di laman sendiri, aksi di China akan memberi pendedahan beraksi di tempat lawan, termasuk menguji kekuatan mental barisan pemain untuk mengharungi tekanan penyokong tuan rumah, terutama menjelang Piala Asia 2023.
Pan Gon turut mahu melihat pendekatan taktikal yang diterapkan selama ini, dijayakan dengan baik barisan pemain meskipun berdepan pasukan di ranking dunia lebih tinggi, dalam menentukan corak permainan yang bakal digunakan kelak di pusingan kelayakan Piala Dunia dan juga pentas Piala Asia 2023.
Di atas kertas, Syria lebih baik berbanding pasukan negara yang menghuni ranking dunia ke-136, namun prestasi skuad yang diberi julukan Qasioun Eagles itu, tidak begitu memberangsangkan susulan tewas dua dalam tiga aksi persahabatan tahun ini, selepas mengalami tujuh kekalahan pada 2022.
Kemenangan tunggal diraih Syria tahun ini ialah ketika menewaskan Thailand 3-1 pada Mac lepas, sebelum tewas 0-1 di tangan Bahrain pada bulan yang sama, diikuti kekalahan 0-1 kepada Vietnam, Jun lalu.
Berdasarkan tahap kedua-dua pasukan ketika ini, Malaysia yang membariskan skuad terbaik tidak mustahil mencipta kemenangan ke atas Syria, dan jika berjaya melakukannya ia bakal menjadi tonik terbaik untuk menghadapi cabaran China, yang memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.
Dalam pada itu, skuad Harimau Muda kendalian Elavarasan mempunyai tugas berat untuk layak ke pusingan akhir saingan Piala Asia B-23 2024, dalam menghidupkan peluang untuk mencabar tempat ke Paris 2024, selepas Malaysia gagal mencapai sasaran layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Diundi dalam Kumpulan H, anak buah Elavarasan akan membuka kempen kelayakan menentang Bangladesh esok, Filipina (Sabtu) dan pasukan tuan rumah pada aksi terakhir Selasa depan, dalam memburu kedudukan selaku juara kumpulan ataupun empat naib juara kumpulan terbaik, untuk mara ke pusingan akhir.
Dengan barisan pemain yang memiliki pengalaman beraksi di pentas senior seperti Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Azam Azmi Murad dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, selain tambahan dua pemain berpangkalan di luar negara - Nooa Laine dan Luqman Hakim Shamsudin, Malaysia dijangka mampu melayakkan diri ke pusingan akhir.
Bagaimanapun, antara faktor yang boleh menggugat kemaraan pasukan negara ialah sekiranya mereka gagal menterjemahkan permainan berpasukan dengan baik, melakukan kesilapan mudah dan gagal menyempurnakan peluang terhidang, seperti berlaku dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini.
Selepas muncul juara Piala Merlion pada Mac lepas, skuad B-23 kebangsaan gagal mencapai sasaran layak ke final, masing-masing pada Sukan SEA 2023 di Kemboja Mei lalu dan Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023, bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
Pelbagai emosi bakal dirasai peminat tempatan, yang bakal menikmati sajian lima perlawanan dalam tempoh seminggu bermula esok. Menonton di depan televisyen terasa seperti di dalam stadium! - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Negara-negara selatan global hilang percaya akibat ‘leteran’ negara maju - Menteri Luar Sri Lanka
Menteri Luar Negeri Sri Lanka, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry berkata negara-negara selatan global hilang percaya kepada inisiatif antarabangsa akibat campur tangan berlebihan dalam proses membuat keputusan di peringkat domestik oleh negara-negara utara global. Jelasnya, negara-negara maju perlu berhenti memaksakan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul keatas negara-negara membangun. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Hubungan China-AS kelam - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata hubungan China dan Amerika Syarikat tidak akan bertambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Jelasnya, kedua-dua negara menggunakan momokkan imej negara pesaing dalam usaha menangani isu-isu domestik, yang secara tidak langsung merugikan dunia. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: China akan atasi AS, sedang belajar menggunakan kuasanya keatas dunia - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata China dilandasan yang betul untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia dalam masa beberapa tahun. Jelasnya, meskipun pertumbuhan ekonomi China perlahan, namun saiz pertumbuhan itu secara relatifnya lebih besar daripada keseluruhan ekonomi Arab Saudi dan Switzerland. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.