KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi berharap perkembangan positif yang dicipta skuad Speedy Tigers sepanjang aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India dapat diterjemahkan kepada kemenangan pada peringkat seterusnya.
Beliau berkata skuad negara yang meraih dua kemenangan aksi Kumpulan C, perlu menjadikan ia sebagai batu loncatan bagi mencipta satu lagi kemenangan ketika berdepan Sepanyol pada aksi penentuan ke suku akhir, hari ini.
"Daripada segi suasana saya lihat ia positif di kem hoki negara, jadi saya harapkan ia dapat dibawa semasa menentang Sepanyol nanti.
"Berdasarkan kekuatan fizikal dan mental juga saya yakin mereka telah bersedia untuk mengatasi pasukan itu," katanya menerusi video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media semalam.
Berkongsi perkembangan semasa skuad itu yang kini menghuni ranking kesembilan dunia, Mirnawan berkata pemain telah berehat selama dua hari sebelum berdepan pasukan Sepanyol yang berada di ranking kelapan dunia.
"Jadi kita gunakan (tempoh rehat) sebaik mungkin untuk barisan pemain mendapatkan rehat serta kembali pulih sepenuhnya. Mereka juga dibenarkan keluar dari tempat penginapan untuk merehatkan minda serta emosi.
"Skuad Speedy Tigers dalam masa sama membuat latihan padang selain memberikan tumpuan kepada aspek taktikal yang akan digunakan ketika menentang Sepanyol," katanya.
Pada 19 Jan lepas, skuad kendalian A. Arul Selvaraj menewaskan New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C.
Ia merupakan kemenangan kedua Malaysia dalam saingan itu selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.
Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan skuad negara hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023

Mirnawan berkata pemain telah berehat selama dua hari sebelum berdepan pasukan Sepanyol yang berada di ranking kelapan dunia. - Foto Instagram/@mirnawannawawi

Dua lelaki dituduh di mahkamah jual gelaran 'Datuk Seri' RM600,000
Pihak Istana Negeri Selangor juga telah mengesahkan bahawa surat dikeluarkan suspek untuk diberikan kepada mangsa adalah palsu.

Dagangan Luar | Memahami makna prestasi dagangan
Perdagangan luar Malaysia bagi bulan Februari merekodkan pertumbuhan memberangsangkan dengan eksport mencecah nilai lebih RM112 bilion dan import berada pada RM93 bilion. Apakah maknanya kepada pemulihan ekonomi semasa dan bagaimana ia boleh ditingkatkan?

Jiwa SME | Agar-agar kering laris dalam talian
Muhammad Shohimil Haffiz Salleh, seorang pemuda dari Kampung Undang, Kuala Terengganu, berjaya menghidupkan semula pemanis mulut tradisional agar-agar kering dengan gaya dekorasi yang lebih menarik untuk menarik minat generasi muda. Dengan menggunakan platform media sosial, produknya telah berjaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara serta meraih pendapatan melebihi RM100 ribu setahun.

Rekod cemerlang 18 tahun ranking ATP Rafael Nadal lebur
Rafael Nadal terkeluar daripada 10 ranking pemain terbaik dunia buat julung kalinya dalam tempoh hampir 18 tahun.

Digital Serumpun | Malaysia-Indonesia jalin kerjasama strategik
JNJ Management Consultants (JNJ Group) menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan OK OCE dari Indonesia dalam mewujudkan 'Digital Serumpum' pada Isnin. Ia merupakan sebuah platform bagi merancakkan perkembangan industri keusahawanan tempatan melalui jaringan utuh dengan negara jiran tersebut.

Pelakon Hong Kong berusia 72 tahun pindahkan harta pada kekasih muda
Lung Kei, 72, mendedahkan sudah memindahkan nama kesemua tujuh harta yang dimiliki kepada kekasihnya yang berusia 36 tahun, Chris Wong.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Esok tengok anak bulan Ramadan
Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan isytihar tarikh permulaan puasa malam esok.

Diana Danielle bayar sewa rumah, ada hak halang Farid Kamil masuk - Peguam
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir turut menjelaskan, hubungan Diana dan Farid juga sudah tidak baik.

'Ada hari saya tidak mahu bangun langsung' - Guru ditembak pelajar 6 tahun
Abigail Zwerner turut menghadapi kesukaran menjalani kehidupan seperti biasa terutama selepas terpaksa menjalani beberapa pembedahan.

Maghribi bergabung tenaga dengan Sepanyol, Portugal untuk bida Piala Dunia FIFA 2030
Pembidaan bersama ini, akan menyatukan Afrika dan Eropah, utara dan selatan Mediterranean, serta dunia Afrika, Arab dan Euro-Mediterania.

FIFA umum kalendar baharu pertandingan antarabangsa
Majlis FIFA pada Selasa meluluskan kalendar perlawanan antarabangsa baharu termasuk tarikh perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.

FIFA sahkan Piala Dunia 2026 kekal format empat pasukan sekumpulan
Sebelum ini, terdapat cadangan untuk format peringkat awal diubah membabitkan 16 kumpulan yang mengandungi tiga pasukan.

Penyertaan Israel di Piala Dunia B-20 FIFA tidak gugat pendirian Indonesia
Teuku Faizasyah berkata penyertaan semua pasukan dan peraturan kejohanan edisi 2023 ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bekas CEO Fox didapati bersalah terbabit rasuah dapatkan hak penyiaran Piala Dunia
Keputusan itu dibacakan barisan Juri Persekutuan Brooklyn selepas perbincangan dilakukan selama empat hari.

Messi hadiah iPhone emas buat rakan Argentina
Lionel Messi melakukan kelainan apabila menghadiahkan 35 unit iPhone emas buat staf dan para pemain skuad negara itu yang memenangi Piala Dunia Qatar 2022.

Klinsmann pengendali baharu Korea Selatan
Pengendali berusia 58 tahun itu setuju dengan perjanjian tiga tahun setengah yang akan membawanya melalui Piala Dunia 2026.

Jika tak layak ke Piala Dunia 2026, kita mahu semakin 'rapat' - Hamidin
Malaysia sedang meniti jalan untuk layak buat julung kali ke Piala Dunia, kata Presiden FAM.

Arab Saudi dipilih tuan rumah Piala Dunia Kelab hujung tahun ini
FIFA memberikan gelaran tuan rumah kepada Arab Saudi bagi penganjuran Piala Dunia Kelab hujung tahun ini.

Piala Dunia 2026: FIFA sahkan AS, Mexico, Kanada layak secara automatik
Ketiga-tiga negara itu beroleh hak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia dalam bidaan mewakili Amerika Utara.