awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mirnawan terkejut dikaitkan sebagai calon CDM ke Rio

Astro Arena
Astro Arena
30/08/2015
05:55 MYT
Mirnawan terkejut dikaitkan sebagai calon CDM ke Rio
Mirnawan cukup dikenali sebagai kapten terhebat skuad hoki negara hingga digelar 'The Boss'. - Gambar Fail
Bekas Kapten Hoki Negara, Mirnawan Nawawi terkejut apabila dikaitkan sebagai salah seorang calon chef de mission (CDM) Sukan Olimpik Rio 2016 kerana sukan hoki gagal melepasi kelayakan temasya itu.
Malah, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kini masih lagi cuba berahsia mengenai identiti calon CDM Olimpik Rio walaupun sudah mempunyai dua calon.
Beliau yang terkejut dengan khabar angin tersebut bagaimanapun sedia menggalas tugas diberikan.
"Saya lihat ramai juga yang begitu layak untuk menyandang jawatan CDM dalam sukan Olimpik akan datang.
"Bagi saya bukanlah sesuatu perkara yang kekok tetapi sudah tentu satu tanggungjawab yang begitu besar diberikan kepada seseorang untuk menjadi CDM lah," jelas Mirnawan ketika ditemui Astro ARENA.
Antara kriteria calon CDM ialah bekas olimpian dan pegawai sukan tempatan.
Mirnawan dikatakan individu bekas olimpian kerana pernah beraksi dalam 3 temasya Olimpik.
Mirnawan cukup dikenali sebagai kapten terhebat skuad hoki negara hingga digelar 'The Boss'.
Selain 3 temasya Oimpik, beliau turut beraksi di dua piala dunia dan pernah bertindak sebagai pembawa bendera kontingen negara di Olimpik Sydney 2000./
Seorang lagi calon yang dikaitkan ialah Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tan Sri Al-Amin Mohd Rashid.
Sementara itu, Naib Presiden MOM, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din dikaitkan sebagai calon CDM Sukan SEA 2017.
Pengumuman akan dibuat pada 7 September depan.
Topic Berkaitan
#Majlis Olimpik Malaysia
#Megat Zulkarnain Omar Din
#Mirnawan Nawawi
#Sukan Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan