awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misbun belum bersedia melawat Chong Wei

Bernama
Bernama
16/10/2018
11:12 MYT
Misbun belum bersedia melawat Chong Wei
Misbun dan Chong Wei mempunyai hubungan yang sangat akrab. - Gambar fail
Lebih seminggu selepas kepulangan Datuk Lee Chong Wei ke tanah air setelah selesai rawatan kanser hidung tahap pertama di Taiwan, ketua jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek mengakui masih belum bersedia untuk bertemu anak didiknya itu.
Biarpun belum menjenguk pemain itu, Misbun berkata beliau tetap berhubung dengan Chong Wei melalui telefon bagi mengetahui perkembangan pemain itu.
"Kita faham, kalau dia jumpa saya... mungkin nanti keadaan bertukar menjadi emosi. Saya tak nak, kalau sudah beremosi, biasanya dia akan terharu dan lebih 'down'. Jadi biarkan dia, saya mahu beri beliau ruang.
"Biasanya saya tengok Chong Wei ini, kalau dia betul-betul sudah sihat, dia lebih terbuka dan mudah didekati," katanya kepada pemberita ketika di temui di Akademi Badminton Malaysia (BAM) di sini hari ini.
Misbun merupakan individu penting dalam karier badminton Chong Wei sebelum menjadi jaguh perseorangan negara.
Misbun adalah jurulatih yang mengesan bakat pemain dari Pulau Pinang itu ketika berusia 17 tahun, sebelum dilentur sehingga bergelar pemain nombor satu dunia.
Justeru itu, mustahil beliau menjadi orang yang terakhir mengetahui tentang keadaan kesihatan Chong Wei yang menghidap kanser hidung tahap awal itu.
"Saya harap walau macam mana pun, sama ada dia mahu main (kembali ke gelanggang) atau tidak, saya harap dia cepat sembuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#jaguh negara
#jurulatih
#Lee Chong Wei
#Misbun Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan