Misi Malaysia memburu sasaran lapan pingat emas tetap diteruskan walaupun kontinjen negara dikejutkan dengan tindakan Majlis Olimpik Asia (OCA) menarik balik pingat emas pertama negara selepas atlet wushu Tai Cheau Xuen didakwa menggunakan bahan terlarang pada temasya Sukan Asia Ke-17 di sini.
Ketua Kontinjen Datuk Daniyal Balagopal Abdullah berkata Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung tindakan OCA kerana mendapati 'ada yang tidak kena' dalam pengendalian ujian terhadap sampel air kencing atlet itu.
Namun, kontroversi yang melanda kontinjen negara tidak menghalang atlet lain untuk terus menyumbang pingat kepada Malaysia.
Sebutir pingat emas dan tiga pingat perak dihadiahkan oleh skuad pelayaran yang menyertai acara di Wangsan Sailing Marina pada Selasa.
Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz meraih pingat emas dengan mengungguli acara 420 Lelaki Dinghy manakala tiga pingat perak dimenangi Khairulnizam Afendy dalam acara Laser Lelaki, Dhiauddin Rozaini (Optimist Lelaki) dan Nuraisyah Jamal-Umi Norwahidah Sallahuddin (420 Wanita).
Turut menyumbang dua pingat perak hari ini ialah atlet boling negara Sin Li Jane dalam acara All Event Wanita manakala Zulmazran Zulkifli, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Adrian Ang, Alex Liew Kien Liang, Rafiq Ismail dan Tan Chye Chern dalam acara Lelaki Lima Berpasukan.
Skuad terjun negara menyumbang satu pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki menerusi Ahmad Amsyar Azman dan Ooi Tze Liang serta pingat gangsa menerusi Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama wanita.
Walaupun masih berbaki empat hari sebelum temasya Sukan Asia melabuhkan tirai, Daniyal tetap menaruh harapan agar kontinjen negara mampu menambah pungutan emas negara.
Beliau berkata atlet negara masih belum mahu mengalah dengan berbaki beberapa acara sukan yang tidak pernah mengecewakan kontinjen negara.
Dalam pada itu, skuad hoki lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan pukulan penalti 'shoot out' yang dimiliki Pakistan.
Malaysia dinafikan peluang ke perlawanan akhir selepas tewas 5-6 kepada Pakistan dalam perlawanan separuh akhir yang ditentukan menerusi 'penalty shoot out' selepas 60 minit perlawanan tamat.
Pasukan kriket lelaki juga terlepas peluang merebut slot ke separuh akhir apabila tunduk kepada Hong Kong dalam perlawanan suku akhir hari ini.
Bernama
Wed Oct 01 2014
Misi buru emas tidak terjejas walau dilanda kontroversi
Niaga AWANI: Pelaburan ESG: Pulangan kewangan dengan impak positif untuk semua
Sempena Minggu ESG Pasaran Modal Malaysia yang akan berlangsung pada minggu depan, Niaga AWANI akan membincangkan bagaimana pelabur boleh menyepadukan ESG, pelaburan lestari, dan pelaburan impak dalam strategi pelaburan serta menghasilkan pulangan yang lestari dalam portfolio pelaburan mereka bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
1.6 juta orang tonton konsert percuma Madonna di pantai Copacabana Brazil
Konsert yang berlangsung pada Sabtu lalu sebagai menutup konsert jelajah dunia "Celebration" penyanyi itu.
Dua lelaki diselamatkan, terperangkap arus deras kepala air
Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan tersebut.
Niaga AWANI: Kenaikan gaji penjawat awam: Apa impak kepada ekonomi
Selepas ditangguhkan beberapa kali dan lebih 12 tahun tiada kenaikan secara formal, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus pasti disambut meriah lebih 1.7 juta kakitangan awam. Bagaimana langkah ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara?
Kupasan lanjut bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
Kupasan lanjut bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
Meta janjikan capaian lebih tinggi untuk pelanggan berbayar Meta Verified
Meta turut mengumumkan dua ciri tambahan untuk para pelanggan perniagaan yang melanggan Meta Verified.
Niaga AWANI: Niaga hadapan MSM diniaga pada kecendderungan meningkat menjelang data tanaman utama dikeluarkan minggu ini
Bagi minggu baru berakhir, pasaran kebanyakannya tinggi berikutan permintaan kukuh dari India.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ringgit dijangka diniaga berhati-hati minggu ini
Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7650/7710 seminggu sebelumnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bursa dijangka diniaga dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat minggu ini
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan serta Pengurus Portfolio Bertauliah di UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata prestasi Apple dan Qualcomm yang meningkat di Wall Street baru-baru ini, dengan pelaburan terbesar Microsoft di Malaysia, dijangka mengukuhkan sektor teknologi di bursa tempatan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Jenayah komersial naik 95.2%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.
Penumpang kongsi pengalaman terkandas lebih 27 jam di Incheon
Nuruljannah Musatapa adalah antara 315 penumpang yang berdepan kelewatan pulang ke Malaysia akibat masalah teknikal pesawat AirAsia, Ahad lepas.
Lapangan Terbang Hamad Doha rampas gelaran lapangan terbang terbaik dunia daripada Changi Singapura
Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar terpilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada 2021 World Airport Awards.
Korea Selatan sahkan berada dalam gelombang kedua jangkitan COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan mereka kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID-19.
Wanita warga Taiwan dihantar pulang enggan jalani kuarantin di Korea Selatan
Seorang wanita Taiwan diusir dari Korea Selatan selepas enggan tinggal di kemudahan kuarantin.
GM Korea henti sementara pengeluaran akibat kekurangan alat ganti
Kilang utamanya di Bupyeong, Incheon, di barat Seoul, ditutup pada 17 dan 18 Feb kerana kekurangan peralatan termasuk wayar kabel abah-abah.
YouTuber ini dikecam teruk selepas menzalimi anjingnya sendiri
YouTuber yang dikenali sebagai Suh itu telah mengejutkan orang ramai selepas memukul dan melontar anjing peliharaannya.
Malaysia mampu perbaiki pencapaian di Incheon
Selepas mengumpul 13 pingat emas pada hari keenam, Malaysia akan meneruskan misi memburu emas menerusi atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli dan pelari 1,500m, Muhamad Ashraf Hisham.
Peningkatan suhu bumi ancaman kepada penduduk dunia
Baru-baru ini, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengunjurkan peningkatan suhu bumi sehingga 2 darjah celcius.
Ziyad elak dilabel atlet elit
Atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, enggan dilabel sebagai atlet berprofil tinggi dalam Sukan Para Asia di Jakarta walaupun hadir dengan reputasi hebat selaku juara bertahan.
Malaysia bakal hadapi laluan getir pada Sukan Asia 2018
Skuad Bola Sepak Bawah 23 (B-23) negara dijangka menghadapi laluan getir dalam acara bola sepak pada Sukan Asia 2018 Indonesia, bulan depan.