SUKAN
MLS: Enggan sertai aksi All-Star, Messi, Alba digantung perlawanan
Messi (kanan) dan Alba sebelum ini dipilih untuk mewakili pasukan gabungan MLS dalam perlawanan pada Rabu menentang pilihan pemain dari Liga MX Mexico, namun kedua-duanya menarik diri pada pagi Rabu tanpa sebarang alasan rasmi. - Foto Astro ARENA
BINTANG bola sepak Inter Miami, Lionel Messi dan rakan sepasukan, Jordi Alba, digantung perlawanan selepas kedua-duanya tidak menghadiri perlawanan Major League Soccer (MLS) All-Star minggu ini, menurut kenyataan liga itu semalam.
MLS memaklumkan bahawa Messi dan Alba tidak akan diturunkan dalam perlawanan hari ini menentang FC Cincinnati susulan ketidakhadiran mereka dalam aksi All-Star berkenaan.
"Menurut peraturan liga, mana-mana pemain yang tidak menyertai perlawanan All-Star tanpa kelulusan awal daripada liga tidak layak untuk bermain dalam perlawanan kelab seterusnya," menurut kenyataan yang dikeluarkan MLS.
Messi dan Alba sebelum ini dipilih untuk mewakili pasukan gabungan MLS dalam perlawanan pada Rabu menentang pilihan pemain dari Liga MX Mexico -- sebahagian daripada acara All-Star musim ini.
Namun, kedua-dua pemain itu menarik diri pada pagi Rabu tanpa sebab rasmi diumumkan, menyebabkan mereka berdepan tindakan disiplin.
Komisioner MLS, Don Garber, berkata keputusan untuk menggantung Messi dan Alba adalah "amat sukar", tetapi perlu dilaksanakan selaras dengan dasar sedia ada liga.