SUKAN

MLS: Hatrik hari terakhir sahkan Kasut Emas milik Messi

Astro Arena 19/10/2025 | 04:30 MYT
Tiga gol dalam perlawanan terbabit menyaksikan bintang Argentina itu mencetak 29 gol dalam hanya 28 perlawanan. - Foto Reuters
KETUA pasukan Inter Miami, Lionel Messi, meledak hatrik pada hari terakhir peringkat pertama Liga Bolasepak Utama (MLS) untuk merangkul Anugerah Kasut Emas 2025.


Ringkasan AI
  • Lionel Messi menjaringkan hatrik dalam perlawanan terakhir peringkat pertama MLS, membantu Inter Miami menewaskan Nashville SC 5-2 dan merangkul Anugerah Kasut Emas 2025 dengan 29 gol dalam 28 perlawanan.
  • Denis Bouanga dari LAFC menjadi pencabar terdekat dengan 24 gol, tetapi gagal memintas Messi dalam perebutan gelaran penjaring terbanyak.
  • Messi kini tersenarai antara penjaring terbanyak dalam sejarah peringkat pertama MLS, hanya di belakang Carlos Vela, Josef Martinez dan Zlatan Ibrahimovic; peringkat kedua MLS akan bermula minggu depan.


Tiga gol sumbangannya serta bantuan jaringannya membantu kejayaan 5-2 Miami di Nashville SC,sebentar tadi, sekali gus menyaksikan bintang Argentina itu mencetak 29 gol dalam hanya 28 perlawanan.

Pencabar terdekatnya, Denis Bouanga, daripada Los Angeles (LAFC) dipisahkan dengan lima gol dan memerlukan enam gol ke atas Colorado untuk merampas gelaran Kasut Emas itu.

Tonggak Nashville, Sam Surridge, juga memiliki 24 gol selepas menjaringkan gol ketika berdepan Miami.
Hanya tiga pemain -- Carlos Vela (34), Josef Martinez (31) dan Zlatan Ibrahimovic (30) -- pernah menjaringkan lebih banyak gol dalam peringkat pertama MLS berbanding Messi.

Peringkat kedua MLS (postseason) bagi menentukan juara MLS yang melibatkan pertembungan kelab timur dan barat pula akan bermula minggu depan. -- Stadium Astro



#Lionel Messi #Inter Miami #Kasut Emas #MLS