awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: Angela Lee akan kembali ke atomweight, pertahan kejuaraan dunia

Haider Yutim
Haider Yutim
02/07/2019
04:45 MYT
MMA: Angela Lee akan kembali ke atomweight, pertahan kejuaraan dunia
Lee sekali lagi akan bertarung dalam divisyen strawweight apabila bertemu petarung Brazil, Michelle Nicolini dalam acara ONE: Masters Of Destiny di Kuala Lumpur, 12 Julai ini. - Foto ONE
Bintang seni bela diri campuran (MMA) ONE Championship, Angela ‘Unstoppable’ Lee sah akan kembali ke divisyen asalnya bagi mempertahankan kejuaraan atomweight yang disandangnya.
Atlet Singapura berusia 22 tahun itu, bakal bertembung dengan juara strawweight wanita dunia ONE ‘The Panda’ Xiong Jing Nan dalam acara ONE: Century di Tokyo, Jepun pada 13 Oktober nanti.
Lee (9-1) sebelum ini diberi peluang untuk merampas kejuaraan strawweight dari Jing Nan (14-1) pada Mac lalu, namun tewas menerusi TKO pada pusingan kelima.
BACA: MMA: Angela Lee sah akan turun beraksi di KL Julai ini
BACA: 4 atlet seni tempur negara bakal beraksi di kejohanan ONE di KL
Dia sekali lagi akan bertarung dalam divisyen strawweight apabila bertemu petarung Brazil, Michelle Nicolini dalam acara ONE: Masters Of Destiny di Kuala Lumpur, 12 Julai ini.
Selain Lee, beberapa jaguh lain turut akan mempertahankan kejuaraan mereka.
Juara light heavyweight ONE Aung La N Sang dari Myanmar akan bertemu juara heavyweight ONE dari Filipina, Brandon ‘The Truth’ Vera.
Manakala, juara bantamweight ONE Bibiano ‘The Flash’ Fernandes dari Brazil bakal bertemu Kevin ‘The Silencer’ Belingon dari Filipina.
Acara ONE: Century juga akan menyaksikan tiga kejuaraan Grand Prix iaitu kejuaraan Grand Prix lightweight, flyweight dan juga kickboxing featherweight.
Topic Berkaitan
#Angela Lee
#atomweight
#kejuaraan dunia
#Mixed Martial Arts
#MMA
#ONE Century
#ONE Championship
#ONE MASTERS OF DESTINY
#seni bela diri campuran
#strawweight
#Tokyo
#Xiong Jing Nan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan