MMA atau Street Fighter, Demetrious Johnson tetap handal

Hilmi Ismail
Mei 21, 2019 14:58 MYT
DJ dilihat berjaya mengalahkan beberapa petarung ONE Championship yang lain dalam permainan video Street Fighter V. - Foto YouTube/ONE Championship
PETARUNG ONE Championship Demetrious Johnson bukan sahaja tangkas di sangkar seni bela diri campuran (MMA), malah ketangkasannya tidak kurang hebat di arena e-sukan.
Bagi yang mengikuti perkembangan Johnson atau mesra dengan panggilan DJ, bekas juara flyweight UFC itu amat meminati permainan video sejak kecil lagi.
Dia juga sering kali membuat 'live streaming di laman Twitch.
Dalam video terbaru disaluran YouTube ONE Championship, jaguh dari Amerika Syarikat itu dilihat berjaya mengalahkan beberapa petarung ONE Championship yang lain dalam permainan video Street Fighter V.
Antara nama-nama besar yang berjaya Johnson kalahkan adalah seperti Brandon Vera, Gary Mangat dan Danny Kingad.
Dua petarung Malaysia, Jihin Radzuan dan Ev Ting turut mencuba nasib namun masih gagal menundukkan Johnson.
Dalam cabaran Street Fighter tersebut, Johnson memenangi kesemua perlawanan.
Johnson, 32 tahun yang digelar 'Mighty Mouse' sebelum ini berpindah dari UFC ke ONE Championship pada Oktober lepas.
Dengan rekod MMA 28-3 dan 1 seri, Johnson kini sedang bersaing dalam ONE Flyweight Grand Prix dalam usahanya merebut gelaran juara divisyen tersebut.
Dia akan bertemu dengan petarung dari Jepun, Tatsumitsu Wada diperingkat separuh akhir.
#bekas juara flyweight UFC #Demetrious Johnson #Ev Ting #Jihin Radzuan #Mighty Mouse #MMA #ONE Championship #ONE Flyweight Grand Prix #seni bela diri campuran #Street Fighter #Tatsumitsu Wada