SUKAN

Mo Salah merajuk

Astro Arena 24/10/2025 | 05:00 MYT
Mohamed Salah membuang Liverpool daripada bio media sosial selepas menerima kritikan berikutan penampilannya bertemu Frankfurt dalam aksi Liga Juara-Juara. - Gambar/ AP
MO Salah telah mengambil tindakan drastik di akaun media sosialnya selepas dia diketepikan ke bangku simpanan secara sensasi oleh pengurus Liverpool, Arne Slot, bagi perlawanan penting Liga Juara-Juara menentang Eintracht Frankfurt.


Ringkasan AI
  • Mohamed Salah mencetuskan spekulasi perpindahan selepas mengambil tindakan drastik di media sosial susulan digugurkan ke bangku simpanan oleh pengurus Liverpool, Arne Slot, dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Eintracht Frankfurt.
  • Langkah itu berlaku selepas permulaan musim yang hambar buat Salah, dengan penurunan ketara dalam jaringan gol, ketepatan rembatan dan keberkesanan di kawasan penalti lawan, sekali gus menjejaskan kedudukannya dalam kesebelasan utama.
  • Walaupun Liverpool menang 5-1, Salah gagal memberi impak selepas dimasukkan pada minit ke-74 dan dikritik kerana tidak menghantar bola kepada Florian Wirtz yang berpeluang menjaringkan gol. Terbaharu, Salah mengalih keluar semua sebutan tentang Liverpool daripada profil media sosialnya, menguatkan spekulasi mengenai masa depannya di Anfield.


Langkah Salah telah menimbulkan spekulasi, memberi gambaran ini adalah petunjuk jelas bahawa pemain antarabangsa Mesir itu mahu meninggalkan Anfield dan berlaku selepas permulaan musim yang jauh di bawah paras sebenar.

Ia merupakan permulaan musim yang sangat sukar untuk Salah, dengan penurunan ketara dalam kualiti persembahannya, ditambah dengan pengurangan jaringan gol dan lebih sedikit peluang yang dicipta.

Penglibatan golnya menurun, dengan ketepatan rembatannya dan jangkaan gol setiap 90 minit kedua-duanya jauh lebih rendah berbanding musim terbaiknya.

Dia juga menunjukkan penurunan yang membimbangkan dalam kadar kejayaan menggeleceknya dan lebih sedikit sentuhan di kawasan penalti pihak lawan, menunjukkan penurunan dalam keberkesanannya.

Prestasinya yang hambar telah mendorong Slot untuk diketepi ke bangku simpanan, satu langkah yang jarang berlaku bagi pemain yang secara konsisten menjadi salah seorang pemain Liverpool yang paling berpengaruh dalam pasukan.

Kemerosotan prestasi itu telah menyumbang kepada keputusan yang tidak konsisten bagi juara Liga Perdana Inggeris itu, dengan beberapa pakar dan peminat mencadangkan tempatnya dalam kesebelasan utama bukan lagi satu jaminan.

Walaupun Liverpool menang selesa 5-1 di Frankfurt, prestasi Salah amat teruk selepas dia dimasukkan pada minit ke-74, dan pemain antarabangsa Mesir itu meneruskan kemarau golnya, walaupun memberi sedikit impak dalam penampilan singkatnya.

Dia bagaimanapun menghadapi kritikan hebat kerana memilih untuk merembat dan bukannya menghantar bola kepada Florian Wirtz yang terbuka untuk menghasilkan jaringan.

Peminat dan pakar menggelarkan tindakan itu sebagai 'tamak', terutamanya ketika Wirtz masih mahu mendapatkan gol pertamanya.

Bagaimanpun, keputusan berani Slot untuk menggugurkan Salah datang selepas beberapa persembahan yang mengecewakan berhasil apabila pasukan itu menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut tanpa bintang utama mereka itu.

Dan terkini, Salah telah mengambil keputusan untuk mengalih keluar semua sebutan tentang Liverpool daripada biografi akaun media sosialnya, termasuk Instagram dan X, menggantikan kandungan dan gambar berkaitan Liverpool sebelum ini bersama rakan sepasukannya untuk imej generik dirinya dan orang lain bersama dua anak perempuannya. - Stadium Astro







#MO SALAH #Liverpool #prestasi buruk #media sosial