“Kami mahu juarai MPL dan kami yakin, kami boleh!”
Itu keyakinan tinggi yang disuarakan pemain profesional Mobile Legends Mohd Haqqani '2ez4jepv' Jaffar kepada Astro AWANI, yang yakin boleh memenangi Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL) musim kedua akan datang bersama-sama pasukan baru ditubuhkan, Team Tamago.
2ez4jepv yang sebelum ini meninggalkan pasukan Mysterious Assassins (MyA) turut disertai pemain terkemuka tempatan Amirul Shafiq ‘Feekz’ Mohd Amir, Rizki Hidayat 'Zee’ Abd Mutalib, Khoo ‘OlalaOlele’ Boon Chun, Fiqri Atiq ‘Lacid’ Mohd Fauzi Lai dan Chang ‘Xin’ Wei Loon dalam Team Tamago.
BACA: Mobile Legends: 2ez4jepv sah tinggalkan MyA, bakal tubuh pasukan sendiri
Menerusi pasukan baharu itu, 2ez4jepv akan bertindak sebagai kapten pasukan dan juga drafter (penyusun strategi pemilihan hero). Dia akan turut dibantu Lacid pemilihan draft hero.
Sementara itu, Feekz yang memegang rekod terbaik hero assassins Gusion bagi musim ke-7 Mobile Legends bakal bertindak sebagai pembantu kapten dan midlaner (pemain laluan tengah) pasukan.
Bagi Xin, OlalaOlele dan juga Lacid akan bertindak sebagai sidelaner (pemain laluan atas atau bawah) pasukan.
Pelancaran Team Tamago merupakan salah satu inisiatif Astro bersama aplikasi penstriman langsung Tamago untuk mengembangkan industri e-sukan di Asia Tenggara.
Selain Mobile Legends, Team Tamago turut menubuhkan pasukan bagi e-sukan permainan mudah alih Arena of Valor (AOV).
Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih atas talian multi-pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton.
Bagi setiap perlawanan, dua kumpulan akan bertarung untuk 'memusnahkan' pangkalan musuh mereka dan pada masa yang sama mereka juga perlu mempertahankan kubu sendiri melalui beberapa laluan yang disediakan.
Dengan 200 juta muat turun dicatatkan di seluruh dunia, Mobile Legends turut menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia terutama dalam kalangan golongan muda.
Beberapa kejohanan dan liga profesional telah diadakan sejak ia dilancarkan pada 2016. Terbaharu, musim kedua MPL bagi peringkat Malaysia dan Singapura akan bermula pada 14 Jun depan bagi mencari kumpulan yang terbaik bagi kedua-dua negara ini.
Mariah Ahmad
Sun Jun 10 2018
Mohd Haqqani '2ez4jepv' Jaffar yakin dengan kemampuan Team Tamago untuk bersaing dengan pasukan profesional yang lain. - Foto Team Tamago
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Mobile Legends: Benny, Jeffery tak perlu 'membawang', cetus drama - Kuja MCB
Kuja berkata tindakan Jeffery dan Benny itu dilihat memberi imej buruk dan menjejaskan reputasi MCB dalam arena Mobile Legends tempatan.
Mobile Legends: 'Saya minta maaf' - Benny Teh
Pengurus pasukan Flash Vision Mysterious Assassins, Benny Teh menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang dendam terhadap mana-mana pihak.
Mobile Legends: 2ez4jepv yakin mampu juarai MPL bersama Team Tamago
Mohd Haqqani '2ez4jepv' Jaffar yakin dengan kemampuan Team Tamago untuk bersaing dengan pasukan profesional yang lain.
Mobile Legends: 2ez4jepv sah tinggalkan MyA, bakal tubuh pasukan sendiri
Jep yang bermain posisi tank dan mage untuk MyA turut mengakui keserasian dan latihan sebagai satu pasukan memang kurang.