SPORTS
Mohamed Salah ketuai senarai Pemain Terbaik EPL
Mohamed Salah mengambil gambar selfie bersama penyokong selepas pasukannya memenangi perlawanan EPL antara Liverpool dan Tottenham Hotspur di Anfield, Liverpool, Britain, 27 Apr 2025. REUTERS
PENYERANG berbisa Liverpool, Mohamed Salah, merupakan salah seorang daripada tiga pemain The Reds yang dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membantu pasukannya merangkul kejuaraan liga.
Salah hanya memerlukan satu penglibatan gol dalam dua perlawanan terakhirnya bersama Liverpool dalam kempen liga musim ini bagi menyamai rekod satu musim dengan gol dan bantuan jaringan sebanyak 47 sekali gus menyamai rekod Andrew Cole (1993-94) dan Alan Shearer (1994-95).
Pencalonan pemain kelahiran Mesir itu disertai rakan sepasukannya iaitu Ryan Gravenberch dan Virgil van Dijk, malah Liverpool telah memenangi liga dengan masih berbaki empat perlawanan lagi.
Dalam pada itu, Nottingham Forest masih mempunyai peluang untuk mara ke saingan Liga Juara-Juara (UCL), serta mempunyai dua pencalonan iaitu Chris Wood dan Morgan Gibbs-White.
Untuk rekod, Wood telah mengumpul 10 gol dalam kancah liga musim ini dan menjadi pemain kedua mencapai jumlah itu untuk Forest selepas Stan Collymore (22) pada musim 1994/95.