SUKAN
Mohamed Salah raih gelaran hatrik Pemain Terbaik PFA
Mohamed Salah bergambar dengan trofi dimenangi sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional England (PFA) pada majlis di Manchester Opera House, Manchester, England, 19 Ogos 2025. (Foto AP)
PENYERANG berbisa Liverpool, Mohamed Salah, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional England (PFA) buat kali ketiga berturut-turut.
Pemain kelahiran Mesir itu yang menyertai The Reds sejak 2017 telah mencipta sensasi apabila bergelar penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan 29 gol dan mencipta 18 bantuan jaringan.
Turut berada dalam senarai pendek adalah rakan sepasukannya iaitu Alexis Mac Allister, kapten Manchester United Bruno Fernandes, Cole Palmer (Chelsea), Declan Rice (Arsenal) dan Alexander Isak (Newcastle United).
"Saya melihat diri saya sebagai seorang dari Mesir yang berjaya di peringkat tertinggi, mencipta sejarah hari ini dan ia merupakan sesuatu yang membuatkan saya berasa bangga.
"Ia sesuatu yang saya tidak akan lupakan." katanya.