awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago

Bernama
Bernama
17/12/2024
21:00 MYT
Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
Sekiranya Azizulhasni bersetuju untuk kekal dalam Program Podium, beliau akan diberikan sasaran untuk melayakkan diri ke Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Santiago, Chile pada Oktober 2025. - Gambar fail/Reuters/Agustin Marcarian
KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.
Setiausaha Agung PKBM, Arif Astaman berkata, The Pocket Rocketman tidak melepaskan tanggungjawabnya terhadap skuad kebangsaan walaupun fokus utamanya buat masa ini adalah untuk menamatkan pengajian Ijazah Sains Senaman Klinikal di Melbourne, Australia.
Arif berkata, sekiranya Mohd Azizulhasni, 36, bersetuju untuk kekal dalam Program Podium, beliau akan diberikan sasaran untuk melayakkan diri ke Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Santiago, Chile pada Oktober 2025.
“Datuk Azizulhasni masih mempunyai peranan yang besar, khususnya pada pasukan pecut sebagai pemula, beliau masih lagi mempunyai kelebihan…walau pada usia itu, masih menjadi taruhan utama. Namun, kita sedang perhalusi acara yang sesuai untuknya.
“Kita akur dengan umur dan fokusnya untuk pelajaran, tetapi akan cuba untuk membantu sedaya mungkin. Beliau akan diberikan KPI (petunjuk prestasi utama) seperti atlet lain dalam Program Podium, antaranya kelayakan ke Kejohanan Dunia,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa kerja bersama MSN, di sini, pada Selasa.
Minggu lepas, Azizulhasni, juara dunia keirin 2017 mengesahkan beliau tidak akan beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2025 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai pada Februari kerana mahu menumpukan kepada pelajarannya, selain masih belum membuat keputusan mengenai kejohanan lain.
Untuk layak ke Kejohanan Dunia, Mohd Azizulhasni perlu mengumpul mata ranking menerusi kejohanan yang diiktiraf Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) termasuk Piala Negara-negara dan Kejohanan Asia.
Sementara itu, Arif berkata, seorang pelumba trek kebangsaan akan digugurkan daripada Program Podium tahun depan kerana tidak mencapai KPI ditetapkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Sukan Negara
#Azizulhasni Awang
#program podium
#KPI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan