awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Nidzam kecewa gagal sekat JDT di laman sendiri

Bernama
Bernama
28/10/2024
01:40 MYT
Mohd Nidzam kecewa gagal sekat JDT di laman sendiri
Pemain Selangor FC Alvin Matues Fortes (tengah) diasak Pemain JDT Arif Aiman Mohd Hanapi (kanan) pada perlawanan Liga Super 2024-2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Selangor FC, Mohd Nidzam Jamil tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila skuad bimbingannya gagal menyekat dominasi pendahulu Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman sendiri malam tadi.
Skuad Gergasi Merah tewas 0-3 kepada Harimau Selatan dalam aksi Liga Super 2024/2025 berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya.
"Keputusan tak baguslah 0-3, lagi-lagi bermain di tempat sendiri. Sudah tentu setiap tahun kita mahukan peningkatan walaupun 10 peratus sudah dikira bagus.
"Kalau lihat sebelum ini kita 15 hingga 20 mata di belakang pendahulu tapi tahun ini saya tak tahu. Kita cuba untuk rapatkan jurang setiap tahun. Kita kena bangkit untuk jadi lebih baik," katanya kepada pemberita pada sidang media di Stadium MBPJ, malam tadi.
Beliau berkata, kekalahan semalam membuktikan banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan bagi merapatkan jurang mata dengan JDT selaku pendahulu Liga Super.
Selepas perlawanan malam tadi, Selangor mengumpul 26 mata selepas 13 perlawanan, ketinggalan lapan mata di belakang juara bertahan 10 kali berturut-turut Liga Super itu.
Sementara itu, ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio memuji tahap disiplin tinggi ditunjukkan anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Selangor.
"Tiga mata ini penting untuk kami dan kejuaraan. Pada pendapat saya, pasukan bermain dengan sangat baik pada separuh masa pertama dengan mengatur gerakan dari satu arah ke satu arah walau adakalanya sukar mencari peluang. Tapi apabila ada peluang kami hasilkan jaringan," katanya.
JDT selesa berada di puncak Liga Super dengan 34 mata selepas 12 perlawanan tanpa sebarang kekalahan setakat ini.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#JDT kalahkan Selangor
#Selangor tewas
#Mohd Nidzam Jamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan