KUALA LUMPUR:Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengalu-alukan keputusan kerajaan yang membenarkan pembukaan semula industri sukan dengan konsep gelembung sukan.
Menurut MOM dalam kenyataan semalam, keputusan mengenai konsep gelembung sukan itu menjadi antara pengumuman yang paling ditunggu-tunggu oleh semua komuniti sukan.
"MOM sangat berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan kerana mengambil kira kekangan industri sukan namun pada masa sama, mempertimbangkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
"MOM berharap semua peminat dan komuniti sukan akan menerapkan kebiasaan baharu terhadap aktiviti sukan," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini pada Mesyuarat Majlis Eksekutif yang lepas, MOM dan ahlinya menggesa Kementerian Belia dan Sukan untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk industri sukan khususnya dalam membenarkan semula kejohanan tempatan diadakan serta sukan bersentuhan dan rekreasi.
Pada Jumaat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju secara prinsip untuk membenarkan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi termasuk sukan air secara berperingkat bermula Januari 2021, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Bagi negeri di bawah PKP Pemulihan (PKPP), maksimum 4,000 penonton atau 10 peratus daripada kapasiti tempat duduk akan dibenarkan.
Sementara negeri di bawah PKP Bersyarat (PKPB) pula, perlawanan akan diadakan tanpa penonton bagaimanapun aktiviti itu tidak dibenarkan di negeri di bawah PKPD.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020
Pada Jumaat, kerajaan mengumumkan bersetuju secara prinsip membenarkan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi secara berperingkat bermula Januari 2021, kecuali di kawasan yang dikenakan PKPD. - Gambar hiasan
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
MOM berterima kasih gelembung sukan diluluskan
Keputusan mengenai konsep gelembung sukan itu menjadi antara pengumuman yang paling ditunggu-tunggu oleh semua komuniti sukan.