Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak akan menghalang atlet negara yang sudah layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil menarik diri kerana bimbangkan virus Zika yang melanda negara itu.
Presiden MOM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar berkata atlet tersebut boleh membuat keputusan sendiri untuk menarik diri atau mengambil bahagian di temasya sukan paling besar di dunia itu yang dijadual bermula dari 5 hingga 21 Ogos depan.
"Atlet boleh memutuskan sendiri sama ada mahu pergi atau tidak kerana kami tidak boleh memaksa mereka. Kami akan gantikan mereka (atlet) jika dibenarkan oleh badan sukan masing-masing.
"Bagi MOM, kami akan ikut keputusan IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabanga). Saya pasti Brazil sebagai penganjur akan memastikan keadaan dan gelanggang adalah terkawal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan MOM di sini pada Isnin.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam kenyataannya baru-baru ini, menolak gesaan untuk mengubah lokasi temasya atau menunda Sukan Olimpik Rio de Janeiro berikutan penularan virus Zika.
Sebaliknya, WHO berkata tindakan itu tidak akan mengubah secara ketara penyebaran virus itu, yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran yang serius.
Kira-kira 150 ahli sains antarabangsa dan doktor menulis surat terbuka kepada WHO, meminta temasya di Rio de Janeiro itu ditukar ke lokasi lain atau ditunda akibat penularan virus tersebut.
Bagi tempoh antara Februari dan April 2016, Kementerian Kesihatan Brazil mencatat 91,387 kes yang dikaitkan dengan virus Zika dan jumlah bayi yang dilahirkan cacat akibat Zika pula adalah 4,908 pada April.
Setakat ini, 22 atlet negara telah melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik kali ini. Mereka ialah Khairul Anuar Mohamad (memanah), Mohd Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa (berbasikal), Ooi Tze Liang, Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Pandelela Rinong, Wendy Ng Yan Yee (terjun).
Khairulnizamn Mohd Affendy, Nur Shazrin Latiff (perahu layar), Jonathan Wong Guanjie (menembak), Welson Sim (renang), Nauraj Singh (olahraga) dan Mohd Hafifi Mansor (angkat berat).
Dalam acara badminton, jaguh perseorangan Datuk Lee Chong Wei, beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, perseorangan wanita Tee Jing Yi dan beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei turut melayakkan diri.
Tunku Imran berkata kontinjen negara masih boleh menghantar sembilan atlet dalam empat acara sukan ke temasya itu mengikut kuota negara.
Bernama
Mon May 30 2016
WHO baru-baru ini menolak gesaan untuk mengubah lokasi temasya atau menunda Sukan Olimpik Rio de Janeiro berikutan penularan virus Zika.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
MOM tak halang atlet tarik diri dari Rio - Tunku Imran
Atlet tersebut boleh membuat keputusan sendiri untuk menarik diri atau mengambil bahagian di temasya sukan paling besar di dunia itu.