awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Momentum JDT terbantut, diikat PJ City

Bernama
Bernama
15/09/2022
16:27 MYT
Momentum JDT terbantut, diikat PJ City
Pemain PJ City FC Mohammad Raffi Nagoorgani diasak pemain Johor Darul Tazim (JDT) Fernando Martin Forestieri pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hasrat Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan Piala FA Sabtu lepas tidak kesampaian, selepas terikat 2-2 dengan Petaling Jaya City FC (PJ City) pada aksi Liga Super malam ini.
Bermain di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), JDT yang dilihat masih dibuai dengan kejayaan dilakar tempoh hari, tampak lebih mendominasi perlawanan menerusi jaringan penyerang import Brazil, Bergson da Silva pada minit ke-48.
Tersentak dengan jaringan pendahuluan itu, PJ City kemudian mengatur langkah bagi menyamakan kedudukan sebelum satu cubaan berjaya diterjemahkan kepada gol menerusi Darren Lok pada minit ke-73.
Anak buah Hector Bidoglio bagaimanapun bingkas bangkit kembali menjarakkan kedudukan buat JDT menerusi hantaran lintang ke dalam kawasan kotak penalti yang kemudiannya dirembat masuk Akhyar Rashid pada minit ke-86.
Pemain PJ City, R. Kogileswaran namun bertindak selaku 'duri dalam daging' dalam perlawanan, selepas jaringan dalam masa kecederaan yang dilakukannya, meranapkan hasrat JDT mengutip tiga mata penuh.
Sementara itu dalam satu lagi aksi Liga Super, Melaka United turut hampa sekadar berkongsi satu mata menentang Kuala Lumpur City FC, dalam keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Piala FA
#Johor
#PJ City
#Petaling Jaya
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan