KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora tidak menolak kemungkinan beliau akan kehilangan jawatannya selepas Skuad Harimau Selatan itu, tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam saingan final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Mora, 42, berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau.
Bagaimanapun, jurulatih dari Mexico itu yang pernah membawa Harimau Selatan memenangi beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia 2019, sejak mengendalikan JDT buat kali kedua pada 2018, mengakui setakat ini hubungannya dengan pihak pengurusan dan pemain adalah sangat baik.
"Mungkin (kehilangan pekerjaan), tetapi saya bukan orang yang buat keputusan itu. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pengurusan dan pemain. Saya sentiasa cuba untuk menang, saya sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dan bekerja keras untuk JDT.
"Jika pihak pengurusan atau TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) berpendapat itulah penyelesaiannya, mereka akan maklumkan kepada saya, tetapi buat masa ini kami dalam keadaan sukar, kami okey, kami baik dan selepas ini kami akan mengkaji semula keadaan bila tiba masanya," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini, malam tadi.
Pada perlawanan final Piala Malaysia malam tadi, iaitu sempena sambutan ulang tahun ke-100 pertandingan berprestij itu, JDT terpaksa menerima kekalahan 0-2 di tangan KL City FC, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi Harimau Selatan itu pada 2019.
Gol KL City FC dijaringkan oleh pemain tengah Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan Kapten Paulo Josue (minit ke-74) sekali gus mencipta kegemilangan buat skuad City Boys dan menamatkan penantian selama 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia yang diidam-idamkan selama ini.
Sementara itu, Mora mengakui meskipun mereka adalah pasukan pilihan, pemain JDT tidak terlalu yakin dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan KL City FC, dalam perlawanan penentuan malam tadi.
Menurut beliau, walaupun keputusan itu tidak memihak kepada pasukannya, namun para pemain telah bermain dengan baik dan beliau melihat kekalahan kepada KL City FC itu dari sudut positif bagi persiapan membina skuad yang lebih mantap pada masa hadapan.
"Tidak, saya tidak fikir mereka (pemain) terlalu yakin. Mereka sangat fokus dan memberi tumpuans serta mempunyai motivasi tinggi dan gol pertama adalah menerusi hantaran silang kerana kita tidak berhati-hati, ini boleh berlaku dan ia adalah situasi individu, tetapi tiada siapa dipersalahkan.
"...jadi kegagalan berlaku untuk kita berjaya. Jika kita tidak kalah, kita tidak merasai perasaan sedih seperti malam ini, mungkin sukar (untuk JDT) untuk berkembang, sukar untuk mengalami evolusi dan sukar untuk melihat bahawa kami perlu melakukan sesuatu untuk terus menguasai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021

Mora mengakui meskipun mereka adalah pasukan pilihan, pemain JDT tidak terlalu yakin dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan KL City FC, dalam perlawanan penentuan malam tadi. - Gambar fail BERNAMA

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Mora bersedia hadapi akibat, susulan kekalahan JDT di final Piala Malaysia
Mora berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau.