KUALA LUMPUR: Dua jaringan awal Urawa Red Diamonds telah 'membunuh' semangat Johor Darul Ta'zim (JDT), ketika tewas 0-5 pada pertembungan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 di Stadium Saitama 2002 di Jepun, semalam.
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio mengakui moral pemainnya mula merosot ketika berdepan kelab dari Jepun itu, selepas dibolosi awal melalui sepakan penalti Alexander Scholz pada minit kelapan dan sepakan percuma yang disudahkan David Moberg Karlsson pada minit ke-19.
"Kami juga tidak melakukan hantaran-hantaran seperti biasa, sebaliknya melakukan hantaran bola jauh. Saya ingatkan pemain supaya sentiasa berpegang kepada falsafah permainan kami dan menggerakkan bola lebih baik pada separuh masa kedua, dari segi cara kami mahu bermain sebagai sebuah pasukan.
"Ia bukan mudah bermain menentang kelab-kelab dari Jepun. Mereka adalah gergasi Asia dan Urawa juga merupakan juara dua kali. Kami akan mempertingkatkan diri tetapi ia akan mengambil masa," katanya dalam hantaran Facebook rasmi kelab berkenaan, Johor Southern Tigers hari ini.
Bidoglio juga menyifatkan tiada ruang untuk membuat kesilapan apabila beraksi dalam kancah tertinggi bola sepak Asia, dengan aspek kesedaran dan keupayaan membuat keputusan barisan pemain adalah sangat penting.
Pada masa sama, beliau berkata setiap tahun JDT menunjukkan kemajuan dalam kempen Liga Juara-Juara AFC dan beliau percaya perkara itu akan berterusan, sambil memberi jaminan skuad Harimau Selatan akan terus berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
Pada aksi semalam, Urawa Red Diamonds mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan Scholz dan Karlsson yang turut mencetak gol kedua peribadinya pada minit ke-39, sebelum pemain gantian Kasper Junker meledak dua gol masing-masing pada minit ke-84 dan pada masa kecederaan babak kedua.
Kekalahan di tangan skuad bimbingan Ricardo Rodriguez Suarez itu yang merupakan juara edisi 2007 dan 2017, menafikan peluang JDT untuk mencipta satu lagi sejarah dengan layak ke suku akhir, selepas menjadi kelab Malaysia pertama melepasi saingan peringkat kumpulan.
Kini, perjuangan JDT tertumpu kepada perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu FC yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 10 Sept ini, selain dilihat berpotensi untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super kali kesembilan berturut-turut.
JDT kini selesa menerajui saingan Liga Super selepas 14 perlawanan dengan mengumpul 38 mata, meninggalkan pencabar terdekat Sabah FC yang sudah mengharungi 16 aksi di tempat kedua (35 mata) sementara Negeri Sembilan yang beraksi 17 perlawanan mengutip 32 mata di tempat ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Bidoglio mengakui moral pemainnya mula merosot ketika berdepan kelab dari Jepun itu, selepas dibolosi awal melalui sepakan penalti Alexander Scholz. - BERNAMA
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
ACL: Kawasaki bergaya atasi JDT 5-0
Juara Korea Selatan itu bergaya mengatasi Harimau Selatan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.