awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moto2: Vietti dominasi litar Sepang, lakar kemenangan ketiga musim ini

Bernama
Bernama
03/11/2024
08:00 MYT
Moto2: Vietti dominasi litar Sepang, lakar kemenangan ketiga musim ini
Pelumba Red Bull KTM Ajo Celestino Vietti menjuarai perlumbaan Moto2 pada MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Pelumba Red Bull KTM Ajo Celestino Vietti memperoleh gelaran ketiga musim ini, selepas dinobatkan sebagai juara kelas Moto2 pada MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini hari ini.
Pelumba berusia 23 tahun yang bermula dari petak ketiga itu, mengekalkan momentum sebelum memecut jenteranya untuk menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat, dengan mencatat masa 36 minit 06.629 saat.
Ini kemenangan ketiga Vietti musim ini, selepas mengungguli MotoGP Austria dan Emilia Romagna.
Vietti menamatkan perlumbaan di hadapan Jorge Navarro daripada OnlyFans American Racing Team, yang meraih tempat kedua (+1.486 saat), manakala pelumba CFMOTO Aspar Team Izan Guevara ketiga (+3.265 saat).
Sementara itu, hari ini merupakan satu lagi perlumbaan mengecewakan bagi pelumba Malaysia yang beraksi menerusi tiket peluang khas Muhammad Helmi Azman daripada Petronas MIE Racing RW.
Bermula dari petak ke-29, Muhammad Helmi bekerja keras untuk memberikan cabaran sebelum akhirnya menamatkan saingan di tempat ke-23, melepasi garisan penamat dengan catatan masa +49.239 saat di belakang Vietti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Moto2
#Pelumba Red Bull KTM
#Ajo Celestino Vietti
#motogp malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan