Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
SUKAN

Moto3: Dettwiler jalani pembedahan susulan insiden bersama Rueda

Bernama 26/10/2025 | 13:54 MYT
Pelumba CIP Green Power Noah Dettwiler disahkan bakal menjalani beberapa pembedahan susulan insiden kemalangan bersama juara dunia Moto3 baharu Jose Antonio Rueda pada perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. - Foto IG/cipgreenpower
SEPANG: Pelumba CIP Green Power Noah Dettwiler disahkan bakal menjalani beberapa pembedahan susulan insiden kemalangan bersama juara dunia Moto3 baharu Jose Antonio Rueda pada perlumbaan MotoGP pada Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.


Ringkasan AI
  • Pelumba CIP Green Power, Noah Dettwiler, cedera parah selepas kemalangan dengan juara dunia Moto3 baharu, Jose Antonio Rueda, semasa pusingan pemanasan GP Malaysia 2025 di Sepang.
  • Dettwiler kini dirawat di hospital Kuala Lumpur dan dijadual menjalani beberapa pembedahan.
  • Perlumbaan Moto3 ditangguhkan hampir dua jam selepas insiden di Selekoh 3 yang menyebabkan bendera merah dikibarkan.


Perkembangan itu diumumkan pasukan berkenaan menerusi satu hantaran di akaun media sosial mereka hari ini.

"Pagi ini, semasa pusingan pemanasan di Sepang, pelumba kami Noah Dettwiler terlibat dalam kemalangan serius. Dia dibawa ke hospital di Kuala Lumpur dan perlu menjalani beberapa pembedahan.

"Dia di bawah jagaan yang baik dan kami meminta anda untuk menghormati privasinya. Kami tidak akan berkongsi butiran lanjut pada masa ini," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pasukan diwakili Rueda, Red Bull KTM Ajo memaklumkan pelumba itu sedang menerima rawatan di hospital berdekatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala atau badan walaupun mengalami gegaran teruk akibat hentakan ketika kemalangan pada pusingan pemanasan.

Perlumbaan Moto3 ditangguhkan selama hampir dua jam susulan kemalangan di Selekoh 3, beberapa minit sebelum perlumbaan dijadualkan bermula tengah hari tadi.

Pelanggaran itu menyebabkan pegawai perlumbaan mengibarkan bendera merah.

-- BERNAMA


#Moto3 #Noah Dettwiler #Pembedahan #Jose Antonio Rueda