SUKAN
Moto3: Hakim Danish bawa momentum positif dari Barcelona ke GP Portugal
Hakim Danish berkata pencapaian meraih tempat kesembilan pada perlumbaan 1 dan kedudukan keenam pada perlumbaan 2 di Barcelona menyuntik semangat untuk memberikan segala-galanya dalam penampilan kedua bagi saingan Moto3. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pelumba muda berbakat negara Muhammad Hakim Danish Ramli bakal turun dalam saingan Moto3 pada Grand Prix (GP) Portugal dari 7 hingga 9 Nov ini, dengan momentum positif dilakar pada saingan Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP (JrGP) di Barcelona minggu lepas.
Ringkasan AI
Hakim Danish berkata pencapaian meraih tempat kesembilan pada perlumbaan 1 dan kedudukan keenam pada perlumbaan 2 di Barcelona menyuntik semangat untuk memberikan segala-galanya dalam penampilan kedua bagi saingan Moto3 selepas membuat kemunculan sulung atas tiket wildcard pada GP Malaysia bulan lepas.
"Ia (Barcelona) adalah satu langkah yang luar biasa bagi saya, dan saya fokus untuk belajar sebanyak mungkin sambil memberikan prestasi terbaik di litar.
"Saya akan bekerjasama rapat dengan pasukan dan kru bagi memastikan kami bersedia sepenuhnya dan kompetitif," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelumba berusia 18 tahun itu diberi peluang membuat penampilan dalam dua saingan terakhir Moto3 musim ini iaitu pada GP Portugal diikuti GP Valencia (14 hingga 16 Nov) mewakili FRINSA MT Helmets MSI bagi menggantikan Ryusei Yamanaka dari Jepun yang terpaksa menamatkan kempennya lebih awal pada musim ini.
Yamanaka disahkan mengalami kecederaan pada jari kelengkeng kirinya yang memerlukan pembedahan, sekali gus membuka laluan buat pelumba dari Terengganu itu untuk mengutip pengalaman berharga dalam saingan Moto3 sebelum memulakan kempen penuh bersama MSI Racing Team musim depan.
Hakim Danish yang sebelum ini beraksi untuk AEON CREDIT SICRacing MSI tidak berjaya menamatkan perlumbaan Moto3 susulan masalah teknikal pada GP Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang, 26 Okt lepas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Muhammad Hakim Danish Ramli turun dalam saingan Moto3 GP Portugal selepas kejayaan pada JrGP di Barcelona.
- Hakim Danish menggantikan Ryusei Yamanaka yang cedera pada saingan terakhir Moto3 musim ini.
- Peluang ini membolehkan Hakim mengumpul pengalaman berharga sebelum menyertai MSI Racing Team pada musim depan.