SUKAN
Moto3: Rueda alami patah tangan, tiada kecederaan serius di kepala
Rueda menerima rawatan di hospital berdekatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius di bahagian kepala atau badan walaupun mengalami gegaran teruk. - AP
SEPANG: Juara dunia Moto3 baharu Jose Antonio Rueda dilaporkan mengalami patah pada bahagian tangan selepas terlibat kemalangan dengan pelumba CIP Green Power Noah Dettwiler pada Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
Pasukan diwakili Rueda, Red Bull KTM Ajo memaklumkan pelumba berusia 19 tahun itu sedang menerima rawatan di hospital berdekatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius di bahagian kepala atau badan walaupun mengalami gegaran teruk akibat hentakan ketika kemalangan pada pusingan pemanasan.
"Beliau masih dalam pemerhatian dan menunggu ujian lanjut pada tangan serta lengannya," menurut kenyataan dikeluarkan pasukannya.
Terdahulu, perlumbaan Moto3 ditangguhkan selama hampir dua jam susulan kemalangan di Selekoh 3, beberapa saat sebelum perlumbaan dijadualkan bermula pada tengah hari.
Perlanggaran itu menyebabkan pegawai perlumbaan mengibarkan bendera merah.
Pusingan pemanasan ini ialah pusingan yang dilalui dari lorong pit ke petak permulaan bagi mengambil kedudukan masing-masing kira-kria 20 minit sebelum perlumbaan bermula.
Menurut pengarah perubatan perlumbaan, kedua-dua pelumba iaitu Rueda dan Dettwiler berada dalam keadaan sedar selepas kemalangan itu dan telah diterbangkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Akibat insiden tersebut, jarak keseluruhan perlumbaan dipendekkan kepada 10 pusingan berbanding 15 pusingan asal.
Pelumba Honda Team Asia Taiyo Furusato muncul juara, iaitu kejuaraan sulungnya dalam kelas Moto3 sejak membuat penampilan pertamanya pada musim 2022.
-- BERNAMA