[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish catat masa terpantas raih petak utama di Litar Jerez

Astro Arena 26/04/2025 | 05:30 MYT
Pelumba negara, Hakim Danish Ramli mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di Litar Jerez. - Stadium Astro
PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli, mempamerkan tunggangan cemerlang untuk mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di Litar Jerez lewat malam tadi.

Ringkasan AI
  • Hakim Danish Ramli, pelumba muda negara, mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di Litar Jerez dan meraih petak utama untuk perlumbaan.
  • Pelumba berusia 17 tahun itu berpuas hati dengan prestasinya dalam sesi kelayakan dan yakin menghadapi perlumbaan sebenar.
  • Sebelum ini, Hakim menduduki tempat keempat dalam dua sesi latihan bebas (FP1 dan FP2).

Pelumba berusia 17 tahun itu meraih petak utama bagi perlumbaan sebenar esok selepas mengatasi pencabar terdekat, Bian Uriarte, dari Sepanyol, dengan kelebihan 0.446s.
Terdahulu, Hakim Danish menduduki tempat keempat dalam sesi latihan bebas (FP) 1 dan 2.
Iklan
"Saya amat gembira untuk mendapatkan petak utama bagi perlumbaan pertama musim ini," katanya kepada laman web rasmi Red Bull.
"Saya berasa selesa dengan jentera saya dan saya fikir saya sudah melakukan yang terbaik dalam ketiga-tiga sesi, tidak kira dengan tayar baru atau lama, jadi saya amat yakin untuk perlumbaan esok.
"Saya hanya perlu fokus dan saya rasa esok akan menjadi perlumbaan yang menyeronokkan." -- Stadium Astro
#pelumba muda negara #Hakim Danish Ramli #MotoGP Rookies Cup #masa terpantas