Juara dunia tujuh kali MotoGP Valentino Rossi daripada pasukan Movistar Yamaha MotoGP menjadi pelumba pertama merekodkan masa bawah dua minit dengan catatan 1: 59.947s dalam sesi Latihan Bebas ketiga pada Kejohanan Motosikal Grand Prix Malaysia (MotoGP) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
Pelumba Itali yang juga paling menyerlah di Sepang dengan enam kemenangan dalam kelas premium itu menggunakan peluang daripada cuaca baik pada sesi pagi, selepas mencatatkan 2:01.662s pada sesi pertama dan 2:13.071s selepas sesi kedua yang terjejas berikutan hujan, semalam.
Pelumba Perancis Johan Zarco daripada Monster Yamaha Tech 3 merupakan kedua terpantas dengan 2:00.024s, manakala pelumba Sepanyol Dani Pedrossa daripada Respol Honda Team menduduki tempat ketiga dengan 2:00.087s, di hadapan rakan sepasukannya yang juga juara pendahulu Marc Marquez, yang menduduki tempat kesembilan dengan masa 2:00.467s.
Seorang lagi pelumba Itali Franco Morbidelli daripada pasukan EG 0,0 Marc VDS mengungguli kategori MotoGP dengan 2:06.065s, diikuti Francesco Bagnaia daripada Sky Racing Team VR46 (2:06.679s) dan Miguel Oliveira daripada Red Bull KTM Ajo (2:06.698s).
Pelumba tempatan Hafizh Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia pula menduduki tangga ke-11 dengan 2:07.639s manakala Khairul Idham Pawi daripada Idemitsu Honda Team Asia menduduki tempat ke-27 dengan merekodkan masa 2:08.585s.
Dalam Moto3, pelumba Del Conca Gresini Moto3 iaitu Jorge Martiin mengungguli sesi latihan dengan 2:15.606s, diikuti oleh Juanfran Guevara daripada RBA BOE Racing Team (2:16.606s) dan jaguh dunia baharu, Joan Mir daripada Leopard Racing (2:16.101s).
Pelumba Malaysia Adam Norrodin yang mewakili SIC Racing Team menduduki tempat keenam dengan 2:16.465s manakala pelumba wildcard Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili Petronas Sprinta Racing di tempat ke-20 dengan catatan masa 2:17.727s.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2017
Rossi menggunakan peluang daripada cuaca baik pada sesi pagi, selepas mencatatkan 2:01.662s pada sesi pertama dan 2:13.071s selepas sesi kedua yang terjejas berikutan hujan, semalam. (Hendrik Schmit / dpa via AP / Fail)
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Adam Norrodin kecewa gagal tamatkan perlumbaan
Adam hanya sempat melengkapkan lima daripada 18 pusingan di Litar Sepang, terjatuh di selekoh keempat.
Adam Norrodin tarik diri daripada GP Aragon
Pelumba berumur 21 tahun yang menggantikan Khairul Idham Pawi itu mengalami kecederaan di bahu kiri selepas terbabit dalam kemalangan.
Adam lebih tenang hadapi GP Malaysia hujung minggu ini
Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin mengakui lebih tenang untuk mengharungi perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.