SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) masih menunggu lampu hijau daripada kerajaan untuk menganjurkan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 yang dijadualkan pada 21 hingga 23 Okt ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif menaruh harapan permohonan penganjuran GP Malaysia itu akan diluluskan pihak berkuasa selepas berakhirnya Ujian Musim Sejuk MotoGP 2022 yang bermula hari ini sehingga Ahad ini.
"Masih dalam peringkat mohon kelulusan, kami amat berharap lepas ujian musim sejuk dapat kelulusan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara untuk anjur perlumbaan MotoGP pada bulan Oktober nanti," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan penganjuran acara berkenaan di sini, semalam.
Situasi pandemik COVID-19 menyebabkan perlumbaan MotoGP di sini dibatalkan buat dua tahun berturut-turut iaitu bagi musim 2020 dan 2021.
Mengenai Ujian Musim Sejuk kali ini, Azhan berkata pihaknya telah pun bersedia untuk menganjurkan acara itu dan berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang banyak membantu.
Mengulas mengenai isu seorang pelumba MotoGP yang didakwa melanggar peraturan gelembung sukan di sini, Azhan mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam ujian itu supaya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan penganjur iaitu Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) serta Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP.
Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai bentuk hukuman yang bakal dikenakan kepada pelumba itu, selain berharap penganjur juga mengenakan tindakan sewajarnya.
"Kami amat memandang serius isu ini kerana tidak mahu kredibiliti SIC terjejas akibat kesalahan dilakukan pelumba terlibat," katanya.
Sebuah portal antarabangsa (motorsport.com) melaporkan SIC mengeluarkan amaran kepada seorang pelumba selepas didakwa melanggar peraturan gelembung sukan dengan berbasikal berhampiran Putrajaya, kira-kira 35 kilometer (km) dari litar berkenaan pada Khamis.
Mengikut SOP ditetapkan, kesemua pasukan dan pelumba terlibat dalam ujian berkenaan hanya dibenarkan tinggal di sebuah hotel dan berulang-alik ke litar sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022

Situasi pandemik COVID-19 menyebabkan perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang dibatalkan dua tahun berturut-turut. - Gambar fail

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Danial Syahmi selesai jalani pembedahan selepas kecederaan di Litar Jerez
Pelumba muda negara itu mengalami kecederaan berkenaan ketika sesi kelayakan Red Bull Rookies Cup di Jerez minggu lepas.

Terengganu Inc taja pelumba cilik Hakim Danish
ZK Racing memaklumkan penajaan terhadap pelumba itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran.

MotoGP: Rins hadirkan kemenangan pertama buat LCR Honda
Alex Rins muncul dengan kemenangan yang memecah kemarau untuk LCR Honda.

Tiket MotoGP: KBS komited perjuang pengurangan cukai hiburan
KBS juga terima banyak permintaan bagi pengecualian mahupun pengurangan cukai hiburan untuk acara berkaitan belia.

MotoGP: Marc Marquez selamat bedah pergelangan tangan
Juara MotoGP enam kali itu mengalami patah tulang di tangan kanannya dalam GP Portugal semalam.

RNF MotoGP Racing Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi
Penajaan itu merangkumi perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah bagi musim ini.

Damok sedia mula musim MotoGP 2023 di GP Portugal hujung minggu ini
Syarifuddin Azman sudah bersedia untuk penampilan sulung secara musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Mekanik Melayu di MotoGP, Habib tak kekok berbahasa Sepanyol, Itali
Kerjayanya menuntut beliau memahami dan bertutur bukan sahaja dalam bahasa Inggeris malah bahasa Sepanyol dan Itali.

Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar
Pandangan itu mengulangi persoalan yang dilontarkan Azlan Shah berhubung kemalapan sukan permotoran kebelakangan ini.

Hakim Danish mahu kekal momentum di Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023
Hakim Danish Ramli berharap mampu mengekalkan momentum kemenangan dalam penampilan sulungnya di Red Bull MotoGP Rookies Cup musim 2023.