awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP: Umum persaraan, Valentino Rossi tidak lagi berlumba tahun depan

Astro Arena
Astro Arena
06/08/2021
01:33 MYT
MotoGP: Umum persaraan, Valentino Rossi tidak lagi berlumba tahun depan
Valentino Rossi bercakap pada sidang media sebelum perlumbaan MotoGP Styria di Litar Red Bull, Spielberg, Austria, 5 Ogos, 2021. (Foto AP)
LEGENDA MotoGP, Valentino Rossi, mengambil keputusan untuk bersara pada penghujung musim 2021 selepas karier 26 tahun dalam sukan permotoran.
Juara dunia MotoGP sembilan kali itu mengesahkan ini merupakan musim terakhirnya beraksi di Grand Prix Austria - di mana pelumba kelahiran Itali itu meraih podium pertama pada 1996 - semalam.
Selepas tidak lagi bersama Yamaha musim ini, Rossi, yang memenangi 115 perlumbaan Grand Prix dan 235 podium dalam 414 permulaan, mengambil keputusan untuk meneruskan karier bersama Petronas, namun sekadar meraih 17 mata daripada sembilan perlumbaan pertama bagi musim 2021.
Menjelang rehat musim panas, wakil Itali itu dijangka akan mengumumkan perancangan masa depannya dan dia melakukannya dalam sidang media semalam.
"Ia merupakan saat yang paling sedih," katanya.
"Sukar untuk mengetahui tahun depan, saya tidak akan lagi berlumba dengan motosikal.
"Ia merupakan perjalanan yang cukup panjang dan telah dinikmati dengan cukup baik. Tahun depan, kehidupan saya akan berubah.
"Ia merupakan keputusan yang sukar tetapi pada penghujung semua sukan keputusan yang membezakan segala-galanya, jadi saya berasakan ini adalah keputusan yang terbaik. Tiada apa yang boleh saya merungut mengenai karier saya."
BREAKING: @ValeYellow46 announces his retirement from #MotoGP The Doctor will call time on his legendary career at the end of the season #VR46Decision | https://t.co/yqL8DlULv7
— MotoGP (@MotoGP) August 5, 2021
Topic Berkaitan
#MotoGP
#Itali
#Grand Prix
#motosikal
#Petronas
#sukan
#Valentino Rossi
#bersara
#Yamaha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan