JOSE Mourinho mendakwa dia adalah 'pilihan pertama' dan 'satu-satunya pilihan' untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih Portugal tetapi menolak tugas itu kerana dia komited dengan Roma.
Roberto Martinez minggu ini dilantik sebagai pengganti Fernando Santos, yang tempohnya sebagai pengendali Portugal berakhir selepas kekalahan mengejut pada suku akhir Piala Dunia kepada Maghribi bulan lepas.
Martinez dari Sepanyol mengambil alih tidak lama selepas meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih Belgium berikutan kegagalan mereka mara dari peringkat kumpulan di Qatar.
Mourinho, yang dikhabarkan akan kembali ke tanah airnya dan mengendalikan pasukan kebangsaan sebelum Martinez dilantik, mendedahkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal, Fernando Gomes, menjelaskan bahawa dia adalah pilihan yang dia mahu menggantikan Santos.
Bos Roma itu telah melahirkan rasa terima kasihnya kepada Gomes, tetapi berkata dia tidak mahu membelakangkan Roma.
Dia berkata, "Saya ingin pertama sekali mengucapkan terima kasih kepada presiden persekutuan. Apa yang Fernando Gomes beritahu saya membuatkan saya sangat gembira dan membanggakan saya.
“Dia berkata saya bukan sahaja pilihan pertama sebagai jurulatih kebangsaan yang baharu, malah saya satu-satunya pilihannya dan sebab itu dia akan melakukan apa sahaja untuk membawa saya pulang.
"Ia satu penghormatan, tetapi akhirnya saya memutuskan untuk tidak menerima. Saya di sini bersama Roma, itu yang penting."
Mourinho, yang turut dikaitkan dengan jawatan kosong Brazil, menandatangani perjanjian tiga tahun apabila dilantik sebagai ketua jurulatih Roma menjelang musim 2021-22. - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Jan 14 2023

Mourinho dikhabarkan akan kembali ke tanah airnya dan mengendalikan pasukan kebangsaan sebelum Martinez dilantik. - Foto fail/AP

Guna hasil samun beli aksesori motosikal
Siasatan mendapati suspek telah menjual barang emas di kedai pajak sebelum membeli aksesori untuk dipasang pada motosikalnya.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Serie A: Mourinho ugut mahu ambil tindakan undang-undang terhadap pengadil keempat
Mourinho diarahkan keluar padang oleh pengadil tidak lama selepas pasukannya ketinggalan 0-1 gara-gara pertelingkahannya dengan Serra.

Mourinho dakwa dirinya 'pilihan pertama' untuk kemudi Portugal
Mourinho dikhabarkan akan kembali ke tanah airnya dan mengendalikan pasukan kebangsaan sebelum Martinez dilantik.

Jadual padat pra-Piala Dunia jejaskan prestasi pemain - Mourinho
Ahad lalu, Dybala terkeluar daripada perlawanan kerana kecederaan paha serta-merta selepas menjaringkan penalti.

Angel Di Maria jangka PSG pecat Mauricio Pochettino
Pochettino mengikat kontrak di PSG hingga 2023 tetapi jawatannya sudah lama dilaporkan terancam.

Mourinho dakwa pengadil Serie A sabotaj Roma
Mourinho juga berpendapat pengadil lebih memihak pasukan yang sedang memburu gelaran liga Serie A itu.

Mourinho sergah wartawan lantang
Alessandro Austini baru-baru ini mengkritik Mourinho di radio Itali.

Mourinho tunai janji hadiahkan pemain muda kasut mahal
Pemain dari Ghana itu menjaringkan dua gol dari bangku simpanan untuk membawa Roma meraih kejayaan 2-0 ke atas Genoa.

Mourinho 'selari' dengan perancangan Roma -- Pinto
Jose Mourinho kekal di landasan untuk menjadi 'salah seorang jurulatih terpenting dalam sejarah Roma'.

Mourinho persoal keputusan Spurs lantik Conte
Antonio Conte mengikat kontrak 18 bulan bersama Spurs Selasa lalu selepas Nuno Espirito dipecat.

Mourinho raikan perlawanan ke-1,000 bersama penyokong Roma
Jose Mourinho berkata dia akan mengingati kemenangan saat akhir AS Roma ke atas Sassuolo selepas meraikan perlawanannya yang ke-1,000 dengan cara tersendiri awal pagi tadi.