Mourinho rasa bersalah terhadap Depay dan Young

Astro Arena
Disember 22, 2016 02:43 MYT
Pemain seperti Ashley Young dan Memphis Depay dilihat tidak mendapat peluang sewajarnya. - AFP
PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho, mengakui rasa bersalah susulan tidak memberikan peluang kepada Memphis Depay dan Ashley Young untuk membuktikan kemampuan mereka.
Depay hanya membuat satu penampilan musim ini dan telah dikaitkan dengan perpindahan sebaik jendela perpindahan Januari di buka dengan Everton dijangka menjadi destinasi terbaru pemain itu.
Ashley Young, meskipun lebih bernasib baik apabila membuat lapan penampilan musim ini, turut dikaitkan dengan perpindahan.
Mourinho mengakui kedua-dua pemain sayap itu tidak mendapat peluang sewajarnya untuk membukitkan kemampuan mereka namun menekankan bahawa persaingan sengit jadi punca mereka tidak diturunkan.
"Saya masih rasa bersalah kerana tidak memberikan peluang kepada semua pemain," Mourinho memberitahu Sky Sports.
"Secara jujur, pemain seperti Ashley Young dan Memphis Depay, tidak mendapat peluang sewajarnya.
"Jadi saya ada rasa sedikit bersalah."
#Ashley Young #berita bola sepak #Jose Mourinho #Liga Perdana #Manchester United #Memphis Depay