DAVID Moyes mengecam keputusan video bantuan pengadil (VAR) yang "memalukan" selepas West Ham dinafikan gol penyamaan dramatik dalam kekalahan 1-2 kepada Chelsea, sementara Thomas Tuchel sebaliknya bersetuju dengan gesaan untuk tidak membenarkan jaringan lewat Maxwel Cornet itu.
Chelsea mula terbayangkan kekalahan berturut-turut apabila Michail Antonio memberikan West Ham pendahuluan dalam babak kedua di Stamford Bridge, tetapi Ben Chilwell dan Kai Havertz dimasukkan untuk mengubah nasib permainan dengan jaringan masing-masing.
Bagaimanapun, drama perlawanan itu tercetus apabila VAR membatalkan gol rembatan kaki kanan pemain gantian The Hammers, Cornet, selepas Jarrod Bowen dikesan terlebih dahulu mengasari Eduoard Mendy.
Moyes yang terus buntu dalam 18 kunjungan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Chelsea kini menghadapi tempoh kemarau kemenangan paling lama oleh mana-mana pengurus dalam kancah ini (begitu nasib Moyes di Arsenal).
Pengurus West Ham itu berang dengan pembatalan berkenaan sambil menuduh Mendy berpura-pura cedera akibat insiden tersebut dengan berkata: "Anda telah menyaksikannya, ia adalah satu keputusan yang memalukan.
"Ia benar-benar satu keputusan buruk daripada salah seorang pengadil yang dikatakan elit, termasuk sesiapa yang mengendalikan VAR kerana ia adalah keputusan yang sukar dipercayai.
"Kami rasa kami patut mengikat kedudukan 2-2 dan ia dibatalkan tetapi ia bukan berpunca daripada kami. Saya sebenarnya menyokong banyak perkara tentang VAR.
"Saya sebenarnya fikir penjaga gol sengaja berpura-pura tercedera kerana dia tidak boleh mengekangkan percubaan seterusnya. Dia melakukan perkara yang sama dalam gol pertama juga. Entah bagaimana pengadil boleh berpihak kepadanya dan ia luar biasa."
Pemain tengah West Ham, Declan Rice, juga menyatakan rasa tidak senangnya di media sosial selepas perlawanan itu dengan menciap: "Salah satu keputusan VAR terburuk yang pernah dibuat sejak ia diperkenalkan dalam permainan ini. Memalukan."
Tetapi rakan sejawatan Moyes, Tuchel, menyokong keputusan Andy Madley untuk membatalkan jaringan itu dengan memberitahu BBC: "Momentum tuah sentiasa ada, anda tidak boleh merancang sesuatu, tiada kepastian dalam liga seperti ini apa-apa pun boleh dibatalkan tanpa mengira masa.
"Kami bernasib baik hari ini untuk keputusan VAR memihak kami, bagi saya ia adalah keputusan yang tepat. Tetapi seperti yang telah kita bincangkan banyak kali, keputusan yang diraih tidak semestinya memenuhi kehendak anda."
Astro Arena
Sun Sep 04 2022
David Moyes (kiri) dan pengadil Andrew Madley selepas perlawanan EPL antara Chelsea dan West Ham United di Stamford Bridge, London, Britain, 3 Sept 2022. REUTERS
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Chelsea himpit Liverpool selepas menang di Tottenham
The Blues kini mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Caicedo bantu Chelsea ikat United di Old Trafford
Chelsea kini berada di tempat keempat liga dengan 18 mata manakala United pula di tempat ke-13 dengan 12 mata selepas 10 perlawanan.
EPL: 'Cole Palmer penyebab penyokong beli tiket tonton aksi Chelsea'
Palmer hanya memerlukan 75 saat selepas bermulanya separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kemenangan sekali gus meletakkan Chelsea mendahului 2-1.
EPL: Gol Jones kembalikan Liverpool ke puncak atasi Chelsea
Liverpool kembali berkelebihan satu mata di atas pencabar terdekat, City, dan empat mata di atas lawan berikutnya, Arsenal.
EPL: Bintang Chelsea, Palmer lakar sejarah baru ketika ledak empat gol
Palmer menjaringkan keempat-empat gol Chelsea dalam perlawanan yang menampilkan enam gol dalam separuh masa pertama.
EPL: Pedro Neto sarung jersi nombor 7 di Chelsea, Raheem Sterling angkat kaki
Pemain sayap berusia 29 tahun itu telah memaklumkan keinginannya untuk ke kelab lain sebelum tarikh akhir jendela perpindahan minggu depan.
EPL: Maresca ganti Pochettino di Chelsea
Bekas pengendali Leicester City itu memeterai kontrak lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh itu setahun lagi.
Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit!
Real dianggarkan perlu menyelesaikan bayaran hasil kemenangan tersebut dengan jumlah 13 hingga 15 juta pound kepada Chelsea.