Skuad negara beraksi cemerlang pada hari ketiga Kejohanan Silat Asia Tenggara apabila meraih tiga pingat emas dalam kategori Seni - Ganda Lelaki, Tunggal Lelaki dan Ganda Wanita, pada Khamis.
Pasangan negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif menceriakan kem negara selepas mencatat 580 mata keseluruhan untuk meraih emas, mengatasi gandingan Vietnam Vu Quoc Viet/Nguyen Xuan Thanh yang meraih perak dengan 565 mata.
Pingat gangsa kategori Ganda Lelaki itu, dimenangi pasangan Singapura Muhammad Haziq Zainal Abidin dan Nijaid Hasif Zainal Abidin, yang mengumpul 561 mata.
"Ia permulaan yang baik bagi kami menjelang Sukan SEA Ogos depan dan kemenangan ini menaikkan semangat serta motivasi saya.
"Saya percaya, kami boleh melakukan persembahan lebih baik dan akan berusaha keras untuk mencapai matlamat utama memenangi pingat emas pada Sukan SEA," kata Rosli selepas aksi final yang berlangsung di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, di sini pada Khamis.
Bagi kategori Tunggal Lelaki, Muhammad Afifi Nordin menepati ramalan meraih pingat emas setelah mengumpul 468 mata menewaskan pesilat Singapura Muhammad Iqbal Abdul Rahman untuk pingat perak dengan 452 mata.
Pingat gangsa menjadi milik pesilat Vietnam Vu Tien Dung yang mengutip 437 mata.
"Kemenangan saya hari ini adalah hasil usaha keras saya serta tunjuk ajar jurulatih yang tidak mengenal erti putus asa.
"Semangat kejayaan hari ini akan saya bawa untuk memenangi pingat emas di Sukan SEA nanti," kata pesilat berasal dari Pahang itu.
Pesilat wanita negara turut beraksi cemerlang apabila meraih pingat emas dalam kategori Ganda Wanita, menerusi Nor Hamizah Abu Hasan/Nur Syazreen A.Malik, yang mengumpul 582 mata.
Pingat perak acara itu dirangkul pesilat Vietnam Nguyen Thi Thu Ha/Nguyen Thu Huyen yang mengumpul 552 mata, manakala gangsa menjadi milik pesilat Singapura Nur Azlyana Ismail/Nurhanishah Syahrudin yang mengutip 550 mata.
Tujuh negara mengambil bahagian pada Kejohanan Silat Asia Tenggara, iaitu Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia.
Sebanyak 19 kategori termasuk enam acara silat seni dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 14 Mac lepas. -- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017
Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif beraksi di peringkat akhir acara silat seni kategori beregu lelaki pada Kejohanan Silat Asia Tenggara kali ke-7 di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak, 16 Mac. --fotoBERNAMA
Niaga AWANI: MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menggalakkan syarikat tempatan untuk menjalinkan kerjasama pelaburan dengan syarikat dari Arab Saudi terutama dalam sektor perkhidmatan.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Arab Saudi mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
#NiagaAWANI
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Arab Saudi mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
#NiagaAWANI
Sesi latihan Terengganu FC tertutup, tanpa kehadiran penyokong
Susulan insiden yang menimpa dua pemain kebangsaan baru-baru ini, sesi latihan skuad Terengganu FC diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penyokong.
Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.
Calon PH nafi jentera kempen langgar peraturan pilihan raya
Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menafikan dakwaan beliau dan jentera parti melanggar peraturan pilihan raya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak - Saifuddin
Saifuddin mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Bantuan kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Nik Nazmi berkata, misi dilakukan secara berperingkat dan turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
[TERKINI] Seorang maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan beberaoa kenderaan remuk akibat dihempap.
M'sia raih tiga emas pada Kejohanan Silat Asia Tenggara
Pasangan negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif menceriakan kem negara selepas mencatat 580 mata keseluruhan untuk meraih emas, mengatasi gandingan Vietnam.