KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) pernah menawarkan jawatan kepada bekas atlet olahraga para kebangsaan, Mohd Raduan Emeari yang tular dalam media sosial kerana bekerja di stesen minyak, namun ditolak bekas atlet itu.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata tawaran kerja di MSN untuk membantu skuad negara, ditolak oleh bekas atlet pecut yang pernah beraksi di Sukan Paralimpik, Beijing 2008 itu atas alasan komitmen kepada keluarganya.
Menurut Ahmad Shapawi, setelah digugurkan daripada Program Podium pada penghujung 2017, Mohd Raduan juga tidak menyertai mana-mana kejohanan kerana ingin memberi fokus kepada keluarganya, memandangkan beliau mempunyai isteri dan seorang anak.
"Namun, beliau telah dilantik sebagai penggerak sukan olahraga para bermula pada 2020 hingga kini dengan bayaran sebanyak RM350 setiap bulan bagi membantu MSN mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan itu di Selangor," katanya menerusi kenyataan semalam.
Ahmad Shapawi berkata Mohd Raduan mula terlibat dalam program MSN secara separuh masa pada 2007 dengan kadar elaun bulanan sebanyak RM500, sebelum diserap sebagai atlet sepenuh masa bermula 2009 dengan elaun antara RM1,500 hingga RM2,500 sebulan bergantung kepada pencapaian prestasi semasa di temasya sukan hingga 2015.
"Bermula 2016, Mohd Raduan telah ditawarkan kemasukan ke Program Podium di bawah seliaan Institut Sukan Negara (ISN) dengan elaun berjumlah RM4,500 sebulan sehingga beliau tidak lagi berada dalam program atas faktor prestasi pada hujung 2017," katanya.
Terdahulu, tular menerusi media sosial mengenai Mohd Raduan yang bekerja di sebuah stesen minyak di Kuala Selangor, yang turut mempersoalkan ketiadaan insentif penghargaan atau kerja untuk meneruskan kehidupan atlet selepas bersara.
Bekas pelari pecut berusia 39 tahun itu pernah mewakili negara di temasya Sukan Para ASEAN (APG) Filipina 2005, Korat 2007, Solo 2011, Naypyitaw 2013, Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017 telah menyumbangkan lima pingat emas.
Beliau juga pernah beraksi di Sukan Para Asia Guangzhou 2010 dan Incheon 2014, selain Paralimpik Beijing 2008.
Menurut Ahmad Shapawi lagi, pihak MSN juga bekerjasama rapat dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk berjumpa dengan bekas-bekas atlet bagi sebarang bantuan yang ingin dipohon dalam lingkungan kemampuan MSN.
"Pihak YAKEB juga telah berjumpa dengan beliau semalam bagi menawarkan kursus asas perniagaan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan pihak YAKEB akan membantu sekiranya Mohd Raduan berminat untuk memulakan perniagaan.
"Pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN melalui pihak YAKEB akan terus bersikap positif membuka ruang dan peluang terbaik yang boleh kami ketengahkan bersama pihak berkepentingan yang lain bagi terus membantu bekas-bekas atlet negara untuk meneruskan kelangsungan hidup setelah bersara daripada menjadi atlet negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Semalam, tular di media sosial mengenai Mohd Raduan yang mempersoalkan ketiadaan insentif penghargaan atau kerja untuk meneruskan kehidupan atlet selepas bersara. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
MSN pernah tawar kerja kepada bekas atlet para Mohd Raduan, tetapi ditolak
Tawaran kerja di MSN ditolak bekas atlet pecut yang pernah beraksi di Sukan Paralimpik Beijing 2008 itu atas alasan komitmen kepada keluarga.
Incheon: Azlan tidak hilang fokus raih pingat emas untuk negara
Mohammad Azlan Mat Lazin wajar digelar sebagai 'Hero Malaysia' apabila meraih emas ketiganya hari ini, di Stadium Utama Asiad Incheon.