awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MSN teliti permohonan ganjaran skuad sepak takraw kebangsaan - Hannah

Bernama
Bernama
31/05/2024
09:05 MYT
MSN teliti permohonan ganjaran skuad sepak takraw kebangsaan - Hannah
Hannah yang mengesahkan perkara itu berkata ganjaran itu melibatkan pemenang pingat emas acara double dan regu. - Foto KBS
PUTRAJAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) sedang meneliti permohonan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berhubung ganjaran untuk skuad kebangsaan yang meraih kejayaan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Majlis Sukan Negara (MSN) sedang meneliti permohonan ganjaran dari Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk skuad kebangsaan yang meraih emas dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
  • Ganjaran ini melibatkan pemenang pingat emas bagi acara double dan regu, dan keputusan akan diumumkan selepas kajian selesai.
  • Pengumuman bantuan kewangan untuk atlet yang tidak berada di bawah Program Podium dan Road To Gold (RTG) akan dibuat minggu depan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang mengesahkan perkara itu berkata ganjaran itu melibatkan pemenang pingat emas acara double dan regu.
"Kerana ini adalah kejohanan dunia, jadi persatuan (PSM) telah meminta MSN untuk melihat sama ada boleh memberikan ganjaran kepada pemenang pingat emas acara regu dan double.
"MSN sedang teliti permohonan ini dan bila sudah ada keputusan kita akan buat pengumuman," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Akaun Satelit Sukan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
Minggu lepas, Malaysia mencipta sensasi apabila merangkul emas acara double dan regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menewaskan musuh tradisi Thailand, namun skuad kebangsaan gagal mengulangi pencapaian itu dalam acara berpasukan selepas tewas kepada lawan sama di final.
Dalam perkembangan berasingan, Hannah berkata satu pengumuman bantuan kewangan kepada atlet yang mewakili negara tetapi tidak berada di bawah Program Podium dan Road To Gold (RTG) akan dibuat minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#kejohanan dunia
#Ganjaran
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan