awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MSN terus perkasa usaha wujudkan persekitaran sukan selamat

Bernama
Bernama
07/07/2025
13:00 MYT
MSN terus perkasa usaha wujudkan persekitaran sukan selamat
Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkan program latihan khas untuk pegawai tumpuan utama Kod Sukan Selamat dalam usaha memperkukuh inisiatif mewujudkan persekitaran sukan yang selamat.
KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkan program latihan khas untuk pegawai tumpuan utama Kod Sukan Selamat di sini dalam usaha memperkukuh inisiatif mewujudkan persekitaran sukan yang selamat.
MSN dalam kenyataan memaklumkan program latihan selama dua hari yang disertai 92 pegawai daripada 57 persatuan sukan kebangsaan itu dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim hari ini.
Menurut kenyataan itu, program berkenaan bermatlamat menyiapkan pegawai tumpuan utama yang bertanggungjawab menjadi ejen kesedaran dan menerapkan elemen pendidikan sukan selamat kepada atlet-altet di pelbagai peringkat.
"Menerusi latihan ini, pengetahuan dan pemahaman pegawai-pegawai diperkasakan dalam aspek seperti mengenal pasti kesalahan dan risiko, tatacara pengelolaan aduan, pelaporan kes serta aktiviti meningkatkan kesedaran dan mendidik penggiat sukan terhadap persekitaran sukan yang selamat.
"Ia selari dengan Rangka Kerja Sukan Selamat ditetapkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang menekankan tanggungjawab kolektif daripada akar umbi sukan sehinggalah ke peringkat kebangsaan," menurut kenyataan itu hari ini.
MSN memaklumkan pada masa sama, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan matlamat untuk terbentuknya jaringan yang cekap dan responsif dalam kalangan pegawai tumpuan utama supaya kesedaran terhadap sukan selamat meningkat dan insiden gangguan serta penderaan atlet berjaya dikurangkan dengan ketara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Sukan Negara
#MSN
#persekitaran sukan selamat
#kod sukan selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan