KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) tidak mempunyai kuasa untuk menggugurkan sesuatu jenis sukan daripada Sukan Malaysia (Sukma) di Kuala Lumpur yang bakal bermula 16 Sept ini.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pihak bertanggungjawab menetapkan perkara dasar dan peraturan Sukma melalui Peraturan Tetap dan Peraturan Am Sukan Malaysia adalah Jawatankuasa Tertinggi Sukma .
Beliau berkata jawatankuasa tersebut dianggotai beberapa pemegang taruh sukan lain seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institut Sukan Negara (ISN).
"MSN (sebelum ini) telah diberi mandat oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada mesyuarat bertarikh 28 Oktober 2021 untuk mengambil alih tanggungjawab tuan rumah Sukma 2022 setelah Johor memulangkan hak penganjuran ekoran COVID- 19.
"Namun Johor telah menawarkan diri (semula) untuk menjadi tuan rumah pada 2024, amalan tersebut menafikan dakwaan bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) memiliki kuasa," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ahmad Shapawi berkata pada 21 Mac lepas, mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma bersetuju kesemua 16 sukan teras dan 15 sukan pilihan yang ditawarkan di Sukma Johor 2022 terus dipertandingkan.
Jelasnya, sukan taekwondo yang juga satu daripada kategori sukan pilihan tidak dipilih oleh tuan rumah Johor sejak awal lagi dan turut dipersetujui oleh majoriti negeri-negeri terlibat.
Semalam, Persatuan Taekwondo Malaysia (TM) telah memohon kepada MSN supaya acara taekwondo kembali dipertandingkan dalam Sukma di Kuala Lumpur tahun ini namun mendakwa perkara itu ditolak.
Presidennya, Azizul Annuar Adenan berkata penolakan permohonan terbabit dengan alasan keputusan itu sudah disahkan dan tidak dapat diubah lagi di samping Sukma akan berlangsung tidak lama lagi.
Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata MSN bagaimanapun sedia membantu atlet dan persatuan induk TM bagi memperkasakan sukan itu dari segi program latihan.
"Objektif utama penganjuran Sukma adalah untuk menggalakkan penyertaan seramai mungkin atlet muda berbakat yang boleh diketengahkan untuk memikul cabaran negara di pentas antarabangsa.
"Namun begitu, Sukma bukanlah satu-satunya kejohanan malahan kita bersedia membantu TM mengendalikan kejohanan remaja bertaraf remaja kebangsaan bagi membuka ruang pertandingan lebih luas lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022
Ahmad Shapawi berkata pihak bertanggungjawab menetapkan perkara dasar dan peraturan Sukma melalui Peraturan Tetap dan Peraturan Am Sukan Malaysia adalah Jawatankuasa Tertinggi Sukma. - Gambar fail
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.