[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
SUKAN

Muay Thai Sukan SEA: Miki Ghazali bercucuran air mata selepas sumbang emas negara

Astro Arena 17/12/2025 | 09:50 MYT
Baru berusia 16 tahun, Miki berdepan lawan yang tujuh tahun lebih berusia tetapi aksi di atas gelanggang menunjukkan sebaliknya. - Stadium Astro
PETARUNG Muay Thai negara, Miki Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara featherweight 57kg apabila menumbangkan wakil tuan rumah, Sirilun Suphakon, di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Miki Ghazali Zulfikar menang pingat emas acara featherweight 57kg dalam pertandingan Muay Thai di Stadium Lumpinee, Bangkok.
  • Meskipun berusia 16 tahun, Miki menewaskan wakil tuan rumah yang tujuh tahun lebih tua dengan keputusan 29-28.
  • Kejayaan Miki ini menjadikan beliau petarung Muay Thai negara yang ketiga meraih pingat emas setelah Angie Yan dan Wassof Rumijam.


Baru berusia 16 tahun, Miki berdepan lawan yang tujuh tahun lebih berusia tetapi aksi di atas gelanggang menunjukkan sebaliknya.

Miki memenangi dua pusingan pertama 10-9 dan biarpun tewas 9-10 dalam pusingan ketiga, ia sudah cukup untuk dia memenangi emas dengan keputusan 29-28.

Dia yang ditemankan abangnya, Johan Ghazali, kelihatan mengalirkan air mata sebaik diumumkan sebagai pemenang.

Sebagai rekod, ia merupakan pingat emas ketiga kem Muay Thai negara selepas Angie Yan mengungguli acara Wai Kru wanita dan Wassof Rumijam memenangi emas bantamweight 54kg. -- Stadium Astro






#Sukan SEA #Miki Ghazali Zulfikar #pingat emas #Malaysia #terkini