[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
SUKAN

Muay Thai Sukan SEA: Wassof Rumijam cipta kejutan raih emas, tumbangkan tuan rumah

Astro Arena 17/12/2025 | 09:27 MYT
Wakil negara berusia 21 tahun itu berdepan lawan berpengalaman yang tujuh tahun lebih tua darinya tetapi tidak menunjukkan sebarang reaksi goyah. - Foto Stadium Astro
PETARUNG Muay Thai negara, Wassof Rumijam, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas kategori bantamweight 54kg Sukan SEA Thailand 2025 dengan menewaskan wakil tuan rumah, Thongchai Huanak, di Stadium Lumpinee, Bangkok sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Wassof Rumijam mengejutkan dengan menang pingat emas kategori bantamweight 54kg Sukan SEA Thailand 2025, mengalahkan wakil tuan rumah Thongchai Huanak di Stadium Lumpinee, Bangkok.
  • Petarung Muay Thai berusia 21 tahun itu berdepan dengan lawan tujuh tahun lebih tua tetapi menunjukkan kecekalan dengan memenangi pusingan pertama 10-9 dan akhirnya memenangi emas dengan keputusan 29-28.
  • Kejayaan Wassof ini merupakan pingat emas kedua bagi pasukan Muay Thai Malaysia selepas Angie Yan menang dalam acara wai kru wanita.


Wakil negara berusia 21 tahun itu berdepan lawan berpengalaman yang tujuh tahun lebih tua darinya tetapi tidak menunjukkan sebarang reaksi goyah untuk memenangi pusingan pertama 10-9.

Biarpun diatasi 9-10 dalam pusingan kedua, Wassof bangkit dalam pusingan terakhir untuk memenangi emas dengan keputusan 29-28.

Ia merupakan pingat emas kedua kem Muay Thai negara selepas Angie Yan mengungguli acara wai kru wanita. -- Stadium Astro






#atlet Muay Thai Malaysia #Wassof Rumijam #pingat emas #Sukan SEA Thailand #terkini